Google Search sebelum ini banyak membantu para pengguna smartphone khususnya pengguna Android untuk membuat carian. Ditambah pula dengan fungsi Google Assistant dan Google Voice, sememangnya membolehkan pengguna membuat carian dengan lebih mudah.

Mulai hari ini, Google telah menambah satu lagi fungsi terbaru pada Google Search iaitu carian Uber dan Grab. Pengguna hanya perlu membuat carian untuk arahan ke sesuatu lokasi, dan anda akan dapat melihat tab untuk perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan bersertakan anggaran tambang serta waktu jemputan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

ride-services-screenshots_malaysia-3

Nak tahu apa yang lebih best dan futuristic? Menggunakan Google Voice anda boleh terus menempah Grab atau Uber terus ke destinasi hanya dengan panggilaan suara. Pengguna cuma perlu menyebut ‘Taxi to Kuala Lumpur Airport’. Segalanya akan diatur Google untuk memudahkan kerja anda mendapatkan Uber dan tiba di destinasi pada masa yang tepat. Cool bukan?

Walaubagaimanapun, pengguna haruslah mempunyai akaun dan aplikasi Uber untuk menggunakan fungsi terbaru daripada Google ini. Jika anda tidak memiliki aplikasi tersebut, Google akan memaparkan pautan ke stor aplikasi di mana anda boleh memuat turun aplikasi tersebut.