Kepada kaki makan yang selalu hangout di Sunway Pyramid, kami syorkan anda ke restoran Miami Grill yang terletak di tingkat LG, area Blue Atrium. Membawakan konsep yang kasual fast food, Miami Grill menjanjikan hidangan yang menggunakan bahan asli dan berkualiti.

Pintu masuk Miami Grill yang inviting
Pintu masuk Miami Grill yang inviting

Restoran ini telah memulakan operasinya sejak 18 Januari 2015 yang lalu, merupakan restoran francais yang dimiliki oleh rapper popular dari Amerika iaitu Pitbull. Sebab itu kalau anda masuk ke dalam restoran ini, anda akan disambut oleh wajah lelaki berkepala botak yang macho ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Ya, beliau macho berkot putih
Ya, beliau macho berkot putih

photo41491600738723866

Miami Grill menyenaraikan pelbagai hidangan menarik di dalam menunya sehingga mampu memikat barisan selebriti terkenal tanah air seperti Dato Siti Nurhaliza, Dato Seri Vida, Hanis Zalikha dan ramai lagi untuk hadir mencuba resepi istimewa mereka.

Nampak seperti meyakinkan bukan? Mari lihat apa yang mereka hidangkan.

BACA: Kami Makan Di FizoMawar Kitchen Dan Ini 5 Perkara Yang Kami Lalui

photo41491600738723867

Kami mulakan dengan best seller restoran ini iaitu Grilled Wings. Kepak ayam ini dihidangkan bersama sos BBQ istimewa, mayonis, coleslaw dan salad. Dikhabarkan inilah menu wajib order Dato Siti Nurhaliza. Untuk memastikan sebabnya, kami cuba rasa ayam ini.

Rasa BBQ meresap masuk ke dalam isi ayam dengan sangat sempurna dan menghasilkan rasa yang juicy. Dicicah pula dengan mayonis menyebabkan percampuran antara rasa manis sos BBQ dan masam mayonis berjaya merembeskan air liur kenikmatan. Untuk saiz biasa, 3 ketul chicken wing memang boleh hadap seorang diri sekali gus. Kami akur dengan pilihan Dato Siti ini. Memang sedap!

Kami pasti ulang menu berharga RM19.90 ini
Kami pasti ulang menu berharga RM19.90 ini

Seterusnya kami dihidangkan dengan Moussaka – Greek Lasagne. Ini bukan lasagna biasa-biasa kerana ia merupakan lasagna yang berasaskan terung. Dihidang bersama sos tomato yang penuh berperisa beserta buah zaitun, kentang, dan hirisan ayam.

Tekstur terungnya sangat lembut hinggakan mereka yang tak gemarkan terung sekali pun pasti akan meminatinya. Peminat lasagna yang sudah bosan dengan isi daging kisar biasa tentu akan menghargai hidangan ini.

Lasagna sedap ini berharga RM18.90
Lasagna sedap ini berharga RM18.90

BACA: Dengan Harga Set Yang Murah, Ini Yang Boleh Dinikmati Di Cabai Kering Steamboat & Grill, Seberang Jaya

Ini hidangan utama yang menjadi pilihan setiap pengunjung yang datang ke mari iaitu Philly Cheesesteaks. Ini merupakan signature dish restoran ini dengan beberapa pilihan iaitu Original, Classic, Works, Fajitas dan Nacho Cheese. Hidangan ini disaji bersama coleslaw dan spiral fries. Kami mencuba versi Original dan Nacho Cheese.

Memang tidak menghampakan dengan porsi yang mengeyangkan. Terdapat dua pilihan saiz cheesesteak iaitu 5 inchi dan 8 inchi. Steak daging potongnya amat lembut dan enak, memenuhi ruang-ruang roti home made yang diadun khas. Versi Nacho Cheese lebih kaya dengan rasa cheezy ditambah dengan kepedasan beserta masam hasil dari cili peram yang turut mengayakan citarasanya. Orderlah jika ingin sesuatu yang tidak mudah didapati di tempat-tempat lain.

Perisa Orginal Cheesesteaks RM 28.90
Perisa Orginal Cheesesteaks RM 28.90
Nacho Cheese meleleh RM33.90
Nacho Cheese meleleh RM33.90

Tugas kami diakhiri dengan hidangan menu baru dari Miami Grill iaitu Grilled Crusted Salmon. Ia didatangkan dengan taburan bread crumbs dan dua sos berlainan iaitu cream sauce dan green peas sauce.

Sos kacang hijau itu sangat blend in dengan salmon menjadikan hidangan ini berbeza dengan tempat lain. Apatah lagi dengan isi salmonnya yang padat dan juicy menyebabkan kami puas hati dengan hidangan ini.

Grilled Salmon Crumbs tidak dapat dikenalpasti harganya namun sangat sedap!
Grilled Crusted Salmon tidak dapat dikenalpasti harganya namun sangat sedap!

Antara menu lain yang terdapat di Miami Grill ialah burger, pita, sup, salad dan lain-lain lagi. Minuman soft drink boleh refill jadi bolehlah anda minum puas-puas di sini. Bahan-bahan masakan yang digunakan kesemuanya segar dan yang penting tiada MSG, tiada perasa tambahan dan tiada bahan kimia terlarang digunakan. Begitu teliti pihak restoran ini menjaga kualiti makanan mereka.

photo41491600738723878

Miami Grill Malaysia yang dimiliki oleh Tuan Izatsham Othman ini adalah cawangan pertama di Asia, dan cawangan halal pertama di dunia. Segala bahan masakan diambil dari pembekal halal bahkan chefnya juga adalah seorang muslim. Menariknya, hasil masakan chef tempatan dengan bahan-bahan halal yang digunakan telah melalui proses uji rasa oleh chef dari Miami terlebih dahulu. Fuh!

Demi memastikan kepuasan pelanggan, anda diberi kebebasan untuk menulis komen seikhlas hati pada sticky note dan ditempekkan ke dinding restoran seperti gambar di bawah.

Ramai yang komen di sini, anda pun nanti tepek banyak-banyak ye
Ramai yang komen di sini, anda pun nanti tepek banyak-banyak ye

Oh, dan jangan lupa juga untuk melambai tangan kepada kamera yang terdapat di dalam premis ini kerana Pitbull sendiri sering meninjau pelanggan yang datang ke outletnya. Tak cukup dengan itu, bolehlah juga bergambar bersama figura beliau yang disediakan di satu sudut khas.

Nah… Untuk menikmati sendiri apa yang kami ceritakan ini, disamping dapat merasa suasana makan ala berada di Miami, jangan lupa untuk singgah ke Miami Grill ini ya!

Nama Restoran : Miami Grill Malaysia
Lokasi : LG2.127, Blue Atrium,Sunway Pyramid (waze)
Layari laman
Facebook dan Instagram.
Waktu beroperasi : 10am – 10pm,

BACA: Hungry Bunch, Sunway Pyramid Kafe Untuk Kaki Shopping Yang Sedang Lapar

BACA juga: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram