Yahoo bukanlah suatu nama yang asing. Hadir dengan sebuah nama yang catchy serta ejen carian yang mantap, laman web ini telah berjaya menambat hati orang ramai hampir 2 dekad yang lepas. Pada ketika itu, laman web Yahoo merupakan homepage bagi majoriti pengguna. Gen X dan Gen Y pastinya ingat saat zaman kegemilangan Yahoo ini.

Hari berganti hari, laman web Yahoo mula membuat perubahan kepada laman web mereka agar lebih ‘lengkap’ manakala pencabar mereka iaitu Google mula memfokuskan kepada laman web yang lebih minimalis memfokuskan kepada search engine yang lebih mantap. Perkara-perkara seperti ini berjaya menjadi ‘turning point‘ buat Google untuk menambat hati pengguna.

Kegagalan untuk memanfaatkan tiga pembelian laman web dengan jumlah yang besar iaitu Geocities, Tumblr dan Mark Cuban’s Broadcast.com yang menelan jumlah hampir $10 billion USD ini turut memberi impak yang besar buat Syarikat Yahoo.

Penjualan Yahoo kepada Verizon

Bagi mengelakkan daripada syarikat terus jatuh, Yahoo baru-baru ini terpaksa akur dengan keputusan untuk menjual syarikat mereka kepada Verizon dengan nilai $4.8 Billion USD.

Melalui pembelian ini, Verizon selaku mobile provider terbesar US, bakal bekerjasama dengan Yahoo dan AOL bagi membina sebuah bisnes digital untuk menyaingi Google dan Facebook. Servis search, news, sports,email serta Tumblr antara yang terlibat dalam menerusi pembelian ini

Jawatan Marissa Meyer selaku CEO Yahoo akhirnya terjawab apabila beliau meletak jawatan sejurus selepas pembelian selesai. Dalam pada itu, beliau bakal menerima pampasan bernilai hampir $57 juta berikutan penjualan syarikat Yahoo. Pastinya bukanlah hari yang suram buat individu yang meletak jawatan sebagai CEO.

Mengapa nama ‘Altaba’ dipilih

Memandangkan Alibaba mempunyai sejumlah share di dalam syarikat Yahoo, mereka berjaya mendapat ‘naming right‘ untuk menentukan nama baru bagi Syarikat Yahoo dan nama yang dipilih adalah AltabaDikatakan Alibaba memilih nama ini melalui gabungan dua perkataan iaitu ‘altenative‘ dan ‘Alibaba‘. 

Ikuti perjalanan Yahoo bermula sejak 1996, dan mula berkembang pada 1998 dengan value syarikat bernilai $40 billion USD dan seterusnya berakhir dengan penjualan syarikat kepada Verizon dengan nilai $4.8 billion USD.

Belajar sesuatu? Siapa sangka syarikat yang gah 2 dekad yang lalu mampu jatuh berikutan keputusan silap yang dibuat. Menggunakan nama terbaru iaitu Altaba, mampukah syarikat ini bersaing bersama syarikat-syarikat gergasi yang lain seperti Google dan Facebook? Sama-sama kita nantikan.