Syarikat Fast Food gergasi McDonald’s Corp kini sudah berada di peringkat akhir dalam menjual hak francais selama 20 tahun di Malaysia dan Singapura kepada syarikat Arab Saudi, Kumpulan Reza dengan anggaran harga sebanyak AS $400 juta iaitu kira-kira RM1.6 billion.

Menurut laporan daripada sumber, Reza Food Services Co Ltd yang menguasai rangkaian restoran McDonald’s di wilayah barat dan selatan Arab Saudi ini memilih CIMB bagi membiayai pembelian itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walaupun begitu, CIMB masih lagi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun jawapan daripada McDonald’s. Proses jual beli ini dijangka akan selesai pada akhir tahun 2016.

Buat pengetahuan anda, McDonald’s mempunyai kira-kira 260 restoran di sekitar Malaysia dan 120 restoran di Singapura. Ini satu jumlah yang cukup besar, lebih-lebih lagi McDonald’s merupakan syarikat gah dan cukup terkenal di dunia.

lovingit

Sumber