Lapar-lapar petang ni kalau dapat makan burger sedap juga. McDonald’s US baru-baru ini mengumumkan dua option terbaru untuk burger terkenal mereka, Big Mac. Ianya mula diperkenalkan di Ohio dan Dallas, Amerika Syarikat dan mendapat respon positif dari pelanggan McDonald’s di dua lokasi tersebut.

Dua saiz baharu itu dikenali sebagai Mac Jr. dan Grand Mac. Ianya akan diperkenalkan di seluruh Amerika Syarikat Akhir tahun ini. Mac Jr adalah berger Big Mac dengan hanya sekeping patty manakala Grand Mac pula adalah Big Mac dengan patty daging yang lebih tebal berbanding yang orginal dengan roti yang juga lebih besar.

Tiada maklumat lanjut tentang bila dua saiz baharu ini akan diperkenalkan ke McDonald’s seluruh dunia tetapi jika ramai yang sukakannya, pastinya dalam masa terdekat. Dua Mac Jr. please!

big-mac

Sumber