Rasanya ramai yang dah tak sabar untuk melihat aksi Black Panther di pawagam. Black Panther diarah oleh Ryan Coogler dengan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Chadwick Boseman (T’Challa a.k.a Black Panther), Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Danai Gurira, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett, Forest Whitaker dan Andy Serkis.

Sedikit tentang Black Panther. Selepas kematian bapanya, T’Challa kembali ke negaranya, Wakanda untuk menjadi pewaris takhta pemerintahan Wakanda. Tanpa beliau sedari, musuh sudah memerhatikan T’Challa dari jauh dan konflik mula muncul untuk menghuru-harakan Wakanda dan seluruh dunia.

Marvel Studios ada tiket tayangan premier serta barangan rasmi; Black Panther ‘Glow In The Dark’ keychain, baju tshirt, Black Panther Wash Bag, Black Panther USB Stick, dan buku nota ‘Glow In The Dark’ untuk anda menangi! Caranya mudah dan ikuti langkah di bawah.

Black Panther Premium

Preview Screening Marvel Studio’ Black Panther
Tarikh: 13 Februari 2018
Masa: 9.15 malam
Tempat: TGV 1 Utama

1. Ikuti laman FB Marvel Malaysia dan share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #VocketPremiere dan #BlackPantherMY pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan memenangi tiket atau salah satu daripada barangan rasmi di atas. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 Februari 8.00 malam (Jumaat). Pemenang akan dihubungi pada 11 Februari 2017 (Ahad).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang. Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan paling kreatif. Jadi, fikir betul-betul sebelum menjawab. All the best!