Kisah kali ini benar-benar berlaku di Bihar, India. Ia telah menjadi viral di luar negara sejak semalam lagi. Ia benar-benar di luar kebiasaan apabila kejadian ini melibatkan ibubapa yang sepatutnya menjadi contoh buat anak-anak.

Para ibubapa dan rakan-rakan telah memanjat dinding dewan peperiksaan bagi membantu anak atau rakan mereka menipu di dalam peperiksaan yang dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan Sekolah Bihar di 80,000 pusat peperiksaan di seluruh Bihar sejak 17 Mac 2015. Peperiksaan ini akan berakhir pada 24 Mac 2015 dan ia melibatkan 1.4 juta orang pelajar sekolah menengah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walaupun ada polis di luar dewan peperiksaan, keadaan tidak menjadi lebih baik apabila ada di kalangan polis menerima rasuah. Selain itu, bilangan ibubapa dan rakan-rakan yang mahu memanjat dan membantu untuk menipu peperiksaan itu lebih ramai berbanding bilangan polis yang bertugas di kawasan terbabit.

Ini pula pandangan Menteri Pendidikan Bihar, PK Shahi apabila ditanya oleh Times of India:

“What can the government do to stop cheating if parents and relatives are not ready to cooperate? Should the government give orders to shoot them?”

Pelajar yang ditangkap menipu di dalam peperiksaan boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti dihalang mengambil peperiksaan sehingga tempoh 3 tahun, atau boleh dipenjarakan atau boleh dikenakan denda. Namun, jarang sekali hukuman sebegitu dilaporkan ada di Bihar.

Ada pula sesetengah orang berpendapat menipu dalam peperiksaan itu adalah satu hak demokratik yang tidak patut dihalang. Ada juga menyatakan orang kaya boleh merasuah untuk lulus ujian, jadi bagaimana pula dengan nasib orang miskin?

Tindakan penipuan ini makin menjadi-jadi apabila peluang yang ditawarkan adalah sedikit berbanding bilangan calon peperiksaan. Maka, pelajar perlu lakukan yang terbaik agar mendapat tempat di fasa yang seterusnya.

Video: Ini Cara Menipu Untuk Peperiksaan Di India. Kami Hanya Mampu Ketawa!

Gambar-gambar dari BBC dan Hindustan Times:

_81756891_cheating_-_saharsa_district_-_i

_81760457_cheating_-_saran_district_-_ii

_81760458_cheating_-_saharsa_district_-_ix

Bihar1-e1426774617600

_81756890_cheating_-_saharsa_district_-_iv

_81760455_cheating_-_saharsa_district

_81760456_cheating_-_saharsa_district_-_vi

Sumber: BBC 1, BBC 2, Tribune, Washington Post

LIKE Facebook The Vocket disini