Menurut satu laporan oleh Sinar Harian, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan penubuhan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar.

Pada masa ini, tempat di MRSM dikhususkan buat pelajar-pelajar daripada keluarga luar bandar khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada masa yang sama, terdapat ramai ibu bapa berpendapatan tinggi yang berminat untuk mendaftar anak mereka di MRSM.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. [Mynewshub]
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Oleh itu saya beri idea untuk mewujudkan MRSM berbayar kepada Majlis Amanah Rakyat untuk dikaji. MRSM ini akan diwujudkan di Lembah Klang dan mungkin mengenakan yuran yang rendah sedikit berbanding sekolah swasta atau sekolah antarabangsa.

“Namun kadar yuran MRSM berbayar akan bergantung kepada kos. Sekarang ia masih di peringkat terlalu awal untuk berbincang mengenai yurannya,” kata menteri itu.

Seperti ramai sedia maklum, MRSM memiliki sistem pendidikan berbeza yang holistik.

Penekanan mereka terhadap akademik, perkembangan sahsiah dan pembangunan bakat adalah di antara penyebab mengapa ibu bapa berminat menghantar anak-anak menyambung pelajaran menengah di sana.

Bagaimana dengan anda? Adakah berita ini menggembirakan atau meresahkan anda?

Bincangkan.

BACA: Pemergian Cikgu MRSM Ini Buka Kisah ‘My Add Math Notes’ Dari Kaca Mata Anaknya