Mungkin 2020 kita tidak akan dapat melihat kereta terbang sepertimana harapan kita sewaktu kali pertama menonton Back To The Future namun teknologi autopilot nampaknya bakal menjadi kenyataan. Jika sebelum ini Tesla sudah cukup membuatkan anda kagum, kini Mercedes-Benz bakal mengikuti jejak langkah yang sama pada bas keluaran terbaru mereka.

mercedes-benz-future-bus-with-citypilot-7

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada mulanya saya mengagap model ini masih di dalam fasa awal atau sepertimana rekaan-rekaan concept yang lain. Ternyata tidak apabila bas ini berjaya membawa beberapa penumpang sejauh 20km daripada Amsterdam’s Schiphol airport terus ke Haarlem. Navigasi canggih telah disertakan di dalam bas ini membolehkan bas ini mengetahui laporan trafik dan lalu lintas pada ketika itu melalui CityPilot. Teknologi yang juga dibangunkan oleh Mercedes-Benz.

Teknologi yang canggih ini nampaknya tidak terbatas kepada pemanduannya sahaja. Lihat sahaja interior dalamanya yang tampil dengan konsep moden dan futuristik.

mercedes-benz-future-bus-with-citypilot-19

Dan jika rekaan ini belum cukup untuk buat anda kagum dengan bas ini, mungkin teknologi wireless charge ini bakal membuatkan anda lebih seronok untuk menggunakan pengangkutan awam.

TEQDAPCP6HEMo

Dalam pada itu, pemandu bas masih diperlukan di dalam bas pandu sendiri ini. Bukanlah untuk mengawal bas atau brake apabila perlu namun sebagai langkah keselamatan. Pemandu bas juga dibenarkan menutup teknologi autopilot seterusnya memandu bas seperti biasa.

Dalam erti kata lain, teknologi ini tidak akan membuatkan pemandu bas hilang pekerjaan sebaliknya memudahkan pemandu. Kami harap pemandu bas tidak bosan dengan teknologi ini apabila digunakan secara meluas berikutan kekurangan kerja.

Sumber