Saya nak share tips dan sikit pengalaman saya yang tak seberapa ni. Saya silent reader dan friendlist Dr sejak tahun 2014. Jangan share nama ye.

Kerja saya tak pernah dapat kerja tetap selepas graduate. Kontrak sahaja sebab kerja ikut project. Industri kerja oil & gas. Sudah berkahwin dan anak dah 3. Isteri kerja tetap bidang construction.

Setiap kali tukar projek baru (tukar company skali) income saya bertambah. Ramai kawan-kawan saya upgrade kenderaan yang lebih mahal bila gaji semakin bertambah. BMW, Audi, Velfire, Superbike ni biasa bagi orang yang bekerja dalam industri oil & gas.

Walaupun ada yang perli (member/keluarga), saya still maitain kereta second hand keluaran tahun 2002. Sekarang dah habis bayar. Sebelum ni monthly commitment kereta saya cuma 4% sahaja dari gaji.

Alhamdulillah, simpanan dan hartanah semakin bertambah. Semasa, kami dah ada 8 hartanah (combine value RM 2 juta). Simpanan keluarga semasa 6 angka.

Tahun 2014 industri oil & gas start jatuh dan sekarang semakin teruk. Ramai kawan-kawan yang berkereta mahal dan rumah mahal (combined harga total RM1 juta ++) mula risau.

Ada yang dah diberhentikan dengan komitmen yang tinggi. (RM8k – RM10k bayaran bulanan untuk 1 rumah dan 1 kereta). Belum kira komitmen lain. Alhamdulillah, saya masih mampu bertahan walaupun jika tak bekerja (sekarang masih bekerja).

Semua hartanah saya sewakan dan saya memilih untuk menyewa rumah yang lebih murah.

Baca: Berapa Simpanan Bulanan Anda? Pandangan Lelaki Ini Mungkin Buat Anda Merenung Jauh Ke Dalam Diri

pekerja-oil-gas-1

Tips untuk yang makan gaji dan baru nak start kerja :

  1. Orang muda jangan memilih kerja, kerja pertama adalah pembuka rezeki. Jangan terlalu fokus nak dapat kerja tetap sahaja.
  2. Kerja kontrak pun bukan dosa. Saya dah 10tahun bekerja kontrak. Tak penah dapat kerja berstatus pekerja tetap.
  3. Set objektif kewangan dengan timeframe (3, 5, 10, dan 15 tahun).
  4. Kekalkan lifestyle walaupun setiap tahun ada increment.
  5. Hidup sederhana (bukan kedekut). Mendongak ke langit tak salah, tapi kena selalu tunduk ke bumi.
  6. Kalau tak boleh downgrade lifestyle, buat kerja part time tambah income.
  7. Force saving every month  dan kalau ada bonus, 70%~80% daripada bonus masuk ke dalam simpanan (jangan bersedih kalau dapat bonus sikit, sebab selama 10 tahun saya kerja, baru sekali dapat bonus)
  8. Kekalkan pakai 1 kereta untuk 10 tahun pertama. Cari kereta dengan komitmen bawah 10% dari gaji. Saya beli kereta 2nd hand kedua untuk isteri tahun ni bayar cash. Kereta proton sahaja.
  9. Tambah aset hartanah. Target mesti ikut kemampuan kewangan semasa masing-masing.
  10. Jangan pedulikan orang kata, stick dengan objektif kewangan kita. Kita kawal mana yang boleh. Jangan banyak mengeluh.
  11. Habiskan hutang secepat mungkin. Hati tenang.
  12. Next economy down dijangka pada tahun  2024 – 2026. So start saving dari sekarang.
  13. Tabung mesti ada di rumah. Tabung suami isteri dan tabung anak-anak. Konsep tabung warna tu sangat bagus.
  14. Bergaul dengan orang positive macam Dr, AE, KEY, FR, Zaidi Ismail, AA, dll. Banyak nasihat dan reminder daripada mereka.
  15. Tambah ilmu kewangan, gunakan tool kewangan yang ada mcm ASBF, TH, UT dll.
  16. Bantu keluarga dan ibubapa
  17. Sedekah jangan berkira, bersedekah tu sebenarnya menjemput rezeki
  18. Start Takaful dan wasiat seawal yang boleh. Hidup akan tenang lepas dah ada wasiat dan Takaful.
  19. Zakat jangan lupa. Ni wajib walaupun starting gaji RM1,000.
  20. Pergi kerja naik motor kalau boleh untuk berjimat
  21. Suami & isteri kena bersama dalam pengurusan kewangan dan pelaburan keluarga. Mesti sepakat dan bekerjasama . Kalau berseorangan boleh tapi mencabar.
  22. Elakkan skim-skim yang mengarut dan profit yang tak logik.

Ni semua berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam 10 tahun di alam pekerjaan.

Saya doakan Dr Azizul dan semua follower Dr berjaya.

Baca lagi: Cara Dapatkan Rumah, Kereta Dan Simpanan Dalam 3 Tahun Dengan Gaji RM2000