Sudahkah anda menonton Apple Macbook Pro terbaru? Cool dan sexy bukan? Penambahan Touch Pad daripada Apple sudah cukup untuk menyediakan USP yang mantap buat para pelanggan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Microsoft yang baru sahaja melancarkan Microsoft Surface Pro dan Surface Book pula gagal untuk menarik minat orang ramai sepertimana yang dilakukan Apple.

Tidak berapa lama selepas Macbook Pro dilancarkan Microsoft telah melancarkan kempen baru dimana mereka menawarkan peluang buat pengguna Macbook Air dan Macbook Pro sebelum ini untuk mendapatkan Surface Pro dan Surface Book dengan peluang trade in sehingga $650 (~RM2729.55).

Tawaran yang sangat menarik ditawarkan oleh Microsoft namun kami tidak yakin pengguna Apple akan berminat dengannya selepas penantian untuk mendapatkan Macbook Pro telah berakhir. Malangnya, tawaran ini cuma ditawarkan buat pengguna sekitar US dan bakal ditamatkan pada 10 November 2016.

microsoft-surface-book-i7
Microsoft Surface Book

Melihat kepada spesifikasi Microsoft Surface Book dan Apple Macbook Pro terbaru, laptop manakah yang lebih menarik minat anda? Dari segi harga dijangkakan kedua-duanya hadir dengan tanda harga yang ‘premium’.

Sumber