Mulai 6 pagi esok anda boleh menaiki Mass Rapid Transit (MRT) secara percuma dari stesen Sungai Buloh hingga ke stesen Semantan selama sebulan.

Mass Rapid Transit (MRT)

Menurut Perdana Menteri, ia adalah hadiah buat rakyat Malaysia sempena Tahun Baru yang bakal tiba nanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Bas perantara

Malah, bas perantara juga tidak dikenakan apa-apa bayaran sehingga 16 Januari tahun depan.

MRT di stesen.

Ini bermakna anda berpeluang jimat kos pengangkutan ke tempat kerja atau mana-mana destinasi sejauh 21 kilometer sambil dapat merasai kecanggihan MRT yang moden dan efisien.

Laluan MRT Sungai Buloh – Semantan melalui 12 stesen.

Jadi, beruntunglah buat anda yang berada di sekitar stesen Sungai Buloh; Kampung Selamat; Kwasa Damansara; Kwasa Sentral; Kota Damansara; Surian; Mutiara Damansara; Bandar Utama; Taman Tun Dr Ismail; Phileo Damansara; Pusat Bandar Damansara dan Semantan.

Sebelum naik MRT esok, apa kata tonton dulu hasil titik peluh rakyat Malaysia ini. PM turut berkata seramai 13 graduan muda Bumiputera telah diberi peluang bina kemahiran dalam projek ini menerusi Program Usahawan Muda MRT.