Siapa sangka siri TV yang sudah berakhir 8 tahun lalu masih mempunyai peminat yang ramai. Malah, trailer terbaru musim kelima Prison Break sahaja berjaya mengumpul lebih 48 juta penonton selepas 24 jam mula dilancarkan. Jumlah penonton ini berjaya meletakkan rekod terbaru sebagai bilangan viewer tertinggi di dalam TV series. Power!

Dikatakan musim kelima Prison Break ini hadir berikutan desakan peminat yang menantikan aksi terbaru Michael Scofield. Tidak dilupakan juga, siri TV ini berjaya mengutip peminat baru meskipun sudah lama berakhir. Melihat kepada ‘missing plot‘ melalui episod terakhir Prison Break, Paul T Scheuring selaku producer siri ini berpendapat siri ini masih mempunyai peluang untuk hadir dengan musim terbaru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengekalkan tema yang sama seperti musim-musim sebelum ini, Prison Break musim kelima bakal bermula dimana Michael Scofield sebenarnya ‘masih hidup’ dan dipenjarakan di Yamen. Kehadiran watak antagonis yang dibenci dan turut disukai ramai Theodore “T-Bag” Bagwell mengesahkan berita ini kepada Lincoln Burrows membuatkan Lincoln berusaha untuk menyelamatkan adiknya.

Satu perkara menarik mengenai musim terbaru ini adalah originaliti yang dikekalkan. Baik dari segi screenwriter mahupun pelakonnya. Maka, anda boleh bayangkan unsur-unsur saspen dan idea genius Michael Scofield sekali lagi dapat kita tonton melalui musim terbaru ini.

Musim terbaru ini bakal menyertakan 9 episod dan bakal mula ditayangkan bermula 4.4.2017. Buat peminat Prison Break, kehadiran siri ini pastinya membuat anda teruja. Buat anda yang ingin ‘repeat‘ siri TV ini, anda boleh tonton di iflix dengan penyediaan 4 musim penuh.

https://www.youtube.com/watch?v=Tr9ESD9YGGo