Nota Editor: 20 cara buat duit bagi anda yang suka travel ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Asmaa di website beliau Travelog.my. Saya kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis.

Semoga ia bermanfaat dan dapat memberi idea kepada mereka yang suka travel dan diwaktu yang sama dapat menjana pendapatan sampingan melalui hobi ini.

buat-duit-sambil-travel-2

Ramai orang tanya saya kerja apa dan buat apa. Mungkin bagi mereka, melancong tiga empat kali setahun perlukan kos yang banyak. Sebenarnya, saya cumalah kerja biasa-biasa sahaja.

Dan saya cuma mula ke luar negara pada May 2013, iaitu ke Bandung, Indonesia. Sebelum tu tak berapa berani dan tak ada geng. Sekarang dah kahwin, ada suami yang boleh buat lebih duit dan tolong pikul beg. Hohoho. Kerja saya ialah, 2 dari senarai di bawah:

1) Jadi internet marketer

Ramai otai-otai internet marketer yang buat duit online. Ramai. Saya mula tulis blog pada tahun 2005 iaitu menggunakan blog WordPress.com kemudian blog tu beralih kepada self-hosted blog.

Tapi saya bukanlah blogger yang famous sepertimana internet marketer lain seperti Ahmad Faizal, penulis buku SEO Merah Jambu tu.

Saya blogger cap ayam je. Tapi, saya ada banyak blog. Banyak. Lebih dari 20 buah blog dan majoritinya aktif juga. Cuma, inilah satu-satunya blog yang saya tunjuk muka saya selain lagi satu website, dan ini juga satu-satunya blog yang saya tulis pasal apa yang saya buat.

Blog lain, tak ada semua tu. Secara ringkasnya, saya blogger sepenuh masa yang kerja saya menulis, jawab soalan-soalan di ruangan contact form, reply email client dan buat iklan untuk promosikan website-website (atau blog saya yang lain).

Jika anda jadi internet marketer, anda juga boleh melancong sambil bekerja asalkan anda ada akses internet. Sekarang kan kebanyakan hotel semua ada internet. Kalau tak de pun, di McDonald’s kan ada internet. Hanya 2 kali je saya hadapi masalah nak dapatkan internet semasa melancong iaitu semasa di atas kapal Royal Caribbean Enchantment of The Sea (internet mahal macam jin), dan di Kepulauan Bahamas (guna di Starbucks pun kena bayar juga).

Selain tu, di tempat lain tak adalah susah mana pun. Btw, trip ke Bahamas tu ialah hadiah bapak mertua.

buat-duit-sambil-travel-3

2) Jadi online trader (stock market atau currency exchange)

Ini pun hanya memerlukan akses internet sahaja untuk buat duit. Asal ada internet je, memang masyuk punya. Apa yang anda kena buat cuma belajar cara nak trade saham atau cara trade currency exchange.

Tapi kena ingat, bila bercakap pasal trading ni, ianya sesuatu yang high risk high return (bukan high risk high return yang orang skim cepat kaya selalu cakap tu).

Anda kena belajar dan mahir betul-betul, silap hari bulan bankrup di luar negara, nanti anda juga yang terkandas di negara asing. Nasihat saya, trade dengan jumlah yang anda tak kisah kalau rugi pun. Iaitu, bukan duit yang simpan untuk kegunaan di masa tua.

Nota: Samada stock market atau currency market, ia tidak sesuai untuk semua orang. Pastikan anda mahir, barulah cuba.

buat-duit-sambil-travel-5

3) Jual barang online

Ini lebih kepada dropshipper. Kalau saya nak cerita pasal dropship, panjang ceritanya. Eloklah anda buat kajian sendiri. Ada orang boleh jana beribu ringgit hanya dengan buat bisnes dropshipper. Dan tak semestinya anda jual barang sikit-sikit, boleh juga buat antara Bisnes to Bisnes (B2B).

4) Jadi cikgu Bahasa Inggeris

Yang ini kerja famous. Saya pernah jumpa beberapa orang Mat Salleh yang mengajar Bahasa Inggeris di Malaysia. Sebab dia omputih, senang lah dia nak ajar Bahasa Inggeris.

Saya tak pasti sejauh mana tip ini berguna bagi orang Malaysia berkulit brown macam kita. Contohnya, anda pandai Bahasa Inggeris, ada master dan Ph.D dalam Bahasa Inggeris dan cakap English bunyi sedap dan makhraj yang betul.

Tapi kulit anda gelap macam saya. Anda ingat, orang Korea boleh terima macam tu? Orang Turki boleh terima cikgu Bahasa Inggeris kulit gelap berwajah Asian?

Hihihi Saya cakap dari pengalaman, penerimaan cikgu Bahasa Inggeris berkulit gelap agak rendah samada di Korea mahupun Turki. Di negara lain saya tak pasti.

Malah, di kalangan mat salleh ni semua, ada istilah yang mereka guna iaitu “white monkey”. Asalkan anda kulit putih, senang nak jadi cikgu Bahasa Inggeris.

Apapun, jika anda memang ada kemahiran bahasa yang baik, InsyaAllah rezeki ada di mana-mana.

buat-duit-sambil-travel-4

5) Buat video, ambil gambar yang cun macam Zahariz Khuzaimah

Untuk jadi macam Zahariz Khuzaimah memang bukan mudah. Anda tahu Zahariz Khuzaimah? Yang buat rancangan Dengan Basikal Aku Menjelajah yang ditayangkan di TV Alhijrah tu.

Nak jadi macam dia, anda kena pandai photography, filming dan seumpamanya. Yang penting kena kuat, berstamina dan kesungguhan yang jitu. Rasanya, video dia yang latest pasal Kazakhstan digunakan oleh kerajaan Kazakhstan untuk tujuan promosi. Hebat kan?

Jual gambar kecil-kecilan mungkin tak dapat berikan keuntungan yang banyak. Tapi dengan jual copyright/licensing dsb kepada tour company, syarikat pelancongan atau barangan pelancongan, dan media, itu memang menguntungkan. Contohnya Matthew Kasrten ini.

6) Dapatkan scholarship dan sambung belajar

Ini syok. Selain dapat degree, sarjana ataupun Ph.D, anda dapat rasa hidup di negara asing. Dan dapat duit poket tiap-tiap bulan. 3 orang dalam keluarga saya yang dapat scholarship kerajaan dan MARA.

Kakak sulung saya, belajar di Jordan dan adik bongsu saya yang duduk di Jepun. Sorang lagi kakak saya tajaan MyBrain untuk Ph.D beliau dan memang beliau kerap ke luar negara untuk bentang kertas kerja ataupun hadir seminar sebagai syarat untuk lulus.

Hmm pandai-pandai tak apalah kan, kalau tak pandai macam saya ni mana ada orang nak bagi scholarship? Tapi kalau anda pandai dan layak, gunakan je peluang yang ada.

buat-duit-sambil-travel-8

7) Jadi pemandu pelancong

Selain jadi pelancong (habiskan duit), apa kata anda cuba jadi pemandu pelancong pula? Saya juga tahu, yang agensi-agensi pelancongan ni dia ada “gift” atau “hadiah” bagi orang yang refer customers.

Apa kata anda deal je dengan tour agency, cakap kat mereka, “kalau saya ada 14 orang nak melancong ke Paris, saya nak free trip untuk saya”. Kalau tak dapat free trip pun, dapat 70% diskaun pun cukup cantik tu.

8) Upah ambil gambar di tempat-tempat popular

Saya pernah tengok di Florida, sorang lelaki dengan satu kamera Instax dan satu papan tanda digantung pada baju bermaksud lebih kurang, “Hanya USD5 untuk sekeping gambar”.

Tak adalah lama mana pun saya tengok dia berniaga, tapi dengan modal kamera Instax dan sign digantung di baju, sambil tegur-tegur pelancong dengan ayat “nak ambil gambar tak?”, memang boleh dapat cikai-cikai pun dalam USD50. Bayangkan jika sehari suntuk di situ?

buat-duit-sambil-travel-9

9) Kerja dengan syarikat airlines

Kalau dah minat melancong, apa kata cuba cari-cari kerja kosong di syarikat penerbangan, tak kisahlah Malaysia Airlines ke, AirAsia ke. Baru-baru ni ada jawatan kosong Turkish Airlines di Turki untuk bahagian ticketing, tapi sebab syarat kena pandai Bahasa Turki dan Bahasa Melayu, saya tak layak nak pohon.

Kalau pandai Turkish, memang dah mohon dah. Hehe. Jadi, rajin-rajinlah ushar kerja kosong di syarikat penerbangan. Mana tahu ada rezeki. Yang saya tahu, syarikat airlines ni bagi benefit juga pada kakitangan. Nak lagi syok, ambil lesen memandu kapal terbang then jadi pilot terus.

10) Busking

Kalau pandai busking, boleh la buat. Kalau suara panggil hujan macam saya, jangan dicuba. Cuma anda kena cek undang-undang kawasan tersebut samada boleh busking ke tidak terlebih dahulu.

buat-duit-sambil-travel-6

11) Jadi sukarelawan

Yang ni anda kena belajar dari The Cute Traveler. Panjang juga list travel dia dengan buat kerja-kerja sukarelawan ni. Saya salute orang macam dia sebab sanggup buat kerja sukarelawan. Kalau ikut biodata dia, tahun ni tahun ke 3 dia melancong sebagai sukarelawan non-stop. Anda boleh rujuk website HelpX, WWOOF, Peace Corps, GreenPeace, PeaceBoat, TrustedHouseSitters, HouseCarers dan sebagainya kalau nak jadi sukarelawan.

Baca: ‘Volunteering Works’ Bawa Lelaki Ini Travel Ke Berbagai Negara

12) Jadi penceramah atau penyanyi

Anda ada bakat? Kalau dah memang famous boleh terus buat. Kalau belum famous, boleh mula usahakan untuk jadi penceramah dan khususkan dalam niche tertentu.

Pastu, boleh buat tour jelajah dunia sambil berceramah. Sesiapa nak dengar ceramah, kena bayar yuran. Ingat Ustaz Azhar Idrus buat ceramah dari satu tempat ke satu tempat tu free ke? Ustaz Don Daniyal pun bukan free dia pergi London tu. Sama macam Mohammed Zeyara juga. Umm, faham yea?

buat-duit-sambil-travel-10

13) Buat kerja-kerja online di Elance, Odesk, Freelancer, Fiverr dan sebagainya

Saya ada pengalaman di Fiverr.com, tak banyak, tapi ada dapat lebih kurang RM12,000 income di Fiverr.com sehinggalah saya berhenti sebab buat kerja saya yang lain pay me more than my gigs on Fiverr.

Di Fiverr, level saya ialah seller level 2. Ada 3 ranking seller di Fiverr, iaitu yang paling tinggi ialah Top Seller. Saya hanya jual beberapa servis sahaja. Jika saya level 2 pun boleh buat RM12,000 di Fiverr, bayangkan anda yang Top Seller?

Mungkin anda juga boleh cuba Elance.com, Freelancer.com dan seumpamanya. Semua tu kerja-kerja online yang anda cuma perlukan akses internet untuk berurusan dengan pelanggan anda.

Berkenaan nak jual servis apa, itu anda kena fikir sendiri lah. Be creative ye! Saya tahu ada orang Malaysia buat duit di Fiverr sepenuh masa, cuma saya tak kenal secara face to face sahaja.

14) Mengajar online di TakeLesson

Kalau anda ada kemahiran tertentu, dan anda pandai mengajar, ajarlah. Website TakeLesson ialah antara pelajar dan guru. Macam-macam anda boleh ajar, hatta ajar main game pun!

Anda kena setkan jadual, harga kelas, timezone untuk “sekolah online” anda. Bayaran dibuat oleh pelajar melalui PayPal. By the way, saya pun akan cari orang untuk ajar Bahasa Turki melalui website tersebut nanti. Kalau anda pandai perakaunan, ajar perakaunan. Atau ajar Bahasa Melayu untuk expatriate yang akan bekerja di Malaysia.

buat-duit-sambil-travel-7

15) Kerja atas kapal cruise

Ini juga kerja famous untuk travel (dapat gaji, makanan 5,6 kali sehari, penginapan percuma dan lain-lain benefit termasuklah tip dari pelancong).

Saya ingat masa ke Bahamas, saya jumpa pekerja Indonesia atas kapal tu. Namanya, Andy. Andy cakap ada 50 pekerja Indonesia bekerja atas kapal tersebut, dan seorang warga Malaysia kerja sebagai jurugambar.

Tapi, sejauh mana awesome kerja atas kapal ni saya tak pasti, tapi macam cool je kan kerja atas kapal cruise merentas benua. Cewah. Cubalah cek kapal-kapal cruise, ada kapal dari Jepun berlabuh di Kota Kinabalu tu, mungkin mereka juga perlukan penterjemah haha!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

16) Libatkan diri dengan sukan

Jadi macam Khairul Fahmi Che Mat dan pemain-pemain bola yang lain, atau macam Nicol David tu, atau Azlan Iskandar atau siapa-siapa sahajalah. Orang yang terlibat dengan kesukanan ni ada chance yang tinggi bukan sahaja untuk melancong, malah boleh jadi expatriate.

Jadi coach pun boleh, jadi wartawan sukan pun boleh, jadi cameraman untuk sukan pun boleh. Kalau jadi coach lagi best, tengok gaji Bojan Hodak tu berapa banyak? Banyak gila beb..

17) Jadi penterjemah (interpreter)

Beberapa kali juga kami diminta jadi interpreter untuk Bahasa Korea. Tapi masalah syarikat Malaysia ni, tak banyak yang sanggup bayar kadar yang kita tetapkan. Tapi untuk syarikat asing yang mana mata wang mereka lagi tinggi dari kita (USD/EUR/GBP contohnya), kebanyakannya OK je.

18) Jadi travel blogger

Jadi travel blogger dan khususkan blog tu untuk buat duit bukan kerja mudah. Saya nak cakap pun susah bab niche blog travel blogger ni. Tapi saya tahu, anda boleh buat duit dengan blog.

Ia berkait rapat dengan kerja nombor 1 di atas iaitu jadi internet marketer juga. Tulis blog, dan usahakan blog untuk jadi hebat macam blog Nomadic Matt tu bukan mudah. Perlukan usaha dan memerlukan masa untuk dapatkan hasil.

Kalau buat duit dengan blog, memang saya yakin boleh sebab saya sendiri pun buat. Cuma bab niche travel blogger ni je, saya kurang arif walaupun saya sendiri seorang travel blogger. Faham tak?

buat-duit-sambil-travel-12

19) Jadi travel writer

Kalau anda ada skill menulis yang baik, tulis je apa-apa cerita pasal travel anda. Ada website yang membeli kandungan untuk website mereka. Kena pandai-pandai cari website tersebut.

Contohnya, Virtual Malaysia bayar sehingga RM200 untuk satu artikel. Travel+Leisure membayar sehingga USD1/perkataan apabila artikel anda diterima.

BootsandAll bayar USD50 per artikel, Escapees Magazine bayar USD150 per artikel (maksimum 1,500 perkataan), France Revisited Magazine bayar USD15-USD25 bagi satu cerita, Great Escape Publishing membayar antara USD50 hingga USD200 per artikel bergantung kepada kandungan penulisan dan sebagainya lagi.

Motorhome Magazine membayar sehingga USD700 per artikel. TrailerLife juga bayar sehingga USD700 per artikel. Oregon Coast Magazine pula antara USD100-USD450 per artikel.

Perspective Travel Magazine pula USD100 per artikel. Sunset Magazine membayar sehingga USD1 per perkataan bagi artikel yang diterima untuk diterbitkan (kalau dorang tak terbitkan, tak dibayar la tu), dan berpuluh lagi website/majalah lain.

Saya tak pasti tentang Majalah Libur, Gaya Travel, dan Going Places (majalah melancong di Malaysia) punya polisi macam mana. Jika anda tahu, sudilah kongsi dengan saya info tu.

Nota: Angka-angka ini tepat sehingga waktu post ini ditulis. Anda boleh rujuk dengan klik pada link-link nama website/majalah berkenaan untuk maklumat lanjut. Saya cadangkan, hantar dokumen anda kepada copyeditor/proofreader selepas artikel ditulis sebelum dihantar kepada majalah-malajah tersebut.

20) Jadilah orang yang rajin, banyakkan membaca dan kreatif

Abah saya pernah pesan, “kalau ada ilmu, InsyaAllah rezeki ada di mana-mana”. Abah saya, terbang ke India dari Kuala Lumpur pada tahun 1970-an. Dari India, beliau hitchhiking ke Libya melalui jalan darat.

Tak mampu nak fly terus ke Libya pada waktu itu sebab faktor kewangan. Ya lah, masa tu mana ada Malindo Air, AirAsia itu semua. Itu pun beliau ke sana untuk belajar Bahasa Arab dan balik ke Malaysia 7 tahun selepas itu dengan dua ijazah. Sambil belajar, beliau juga bekerja.

Yang penting, kena rajin membaca dan belajar terutamanya bab jadi entrepreneur. Skill entrepreneur (selalunya usahawan ni dia kreatif) tu boleh membantu anda hidup di mana-mana, InsyaAllah.

So anda nampak kan, yang rezeki di bumi Allah ini sangat luas bagi mereka yang berusaha? Itu je lah dulu untuk saya kongsikan hari ni. Semoga bermanfaat. Dan kalau ada nak tambah, boleh tambah di ruangan komen.

Dan ini adalah satu lagi cara untuk anda travel secara percuma:

21) Menjadi penulis dan editor online media seperti Vocket

Menjadi editor dan curator di online media seperti di Vocket juga dapat membawa anda travel ke merata tempat secara percuma kerana ia ditaja sepenuhnya sama ada oleh syarikat penerbangan atau agensi pelancongan. Amacam? Hehe.

Baca lagi: Rahsia Bagaimana Gadis Ini Travel Sambil Jana Pendapatan Melalui AirBnB

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram