JAUH sebelum kejayaan atlit paralimpik Mohamad Ridzuan dan Muhammad Ziyad mencapai kejayaan di Olimpik seperti yang kita lihat hari ini, P. Mariappan telah mewakili negara di enam Sukan Paralimpik sejak 1987.

Antara pencapaian beliau adalah dengan memenangi pingat gangsa di Sukan Paralimpik Seoul pada 1988, Paralimpik Barcelona 1992 (gangsa) dan juga mengatasi rekod Sukan Para Asean yang diciptanya dalam kategori bawah 67.5 kilogram lelaki pada temasya Sukan Paralimpik di Beijing 2008.

Apa hasil yang dia dapat? DUA KALI DIA DIBUANG KERJA.

fb_img_1473645881636

Pada Sukan Paralimpik Beijing 2008, atlet wanita, Siow Lee Chan, 41, menang pingat gangsa bagi acara angkat berat.

Lee Chan dari Negeri Sembilan yang kedua-dua kakinya tidak berfungsi kerana serangan penyakit polio sejak berusia 7 bulan ialah anak seorang penoreh getah.

Dia berjaya mengangkat berat 95 kg mengatasi pencapaiannya pada Sukan Paralimpik Athens 2004 dengan angkatan seberat 92.5 kg.

Apa hasil yang dia dapat? Beliau terpaksa menyara hidup dengan BUKA KEDAI JAHIT.

fb_img_1473645887581

Dan tahu apa menteri Menteri Belia dan Sukan ‘ketika itu’ cakap?

“Perlu diingat juga standard Sukan Paralimpik dan Sukan Olimpik jauh bezanya, jadi kita perlu realistik apabila membuat sebarang keputusan.”

Semoga Saudara Khairy terus membela atlit paralimpik kita dan tidak mengulangi lagi perangai menteri ‘badigol-so-ot’ sebelum-sebelumnya.