Setelah bertahun dengan khabar angin, ahkirnya Nintendo mengumumkan konsol terbaru mereka, Nintendo Switch. Ianya satu ciptaan yang hebat dan bakal menjadi role model untuk konsol-konsol lain di masa akan datang.

Mengapa saya berkata begitu? Ianya ada pada nama Switch itu sendiri. Konsol ini dapat dimainkan di TV dan juga secara portable! YES. Walaupun Nintendo baru-baru ini mengumumkan yang mereka akan mencipta game untuk smartphone bermula tahun hadapan, tetapi Switch mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

nin-3

Nintendo mengeluarkan trailer 3 minit berkenaan betapa hebatnya Nintendo Switch ini. Ianya direka untuk anda bermain di TV rumah anda secara santai. Tetapi bagaimana jika anda perlu outstation tetapi anda tetap mahu main permainan video anda? Anda switch sahaja kepada skrin mudah alih, lekatkan controller pada sisinya dan terus sambung bermain secara portable! Dan kalau anda nak main dengan rakan anda, controller sisi boleh dicabut untuk jadikan dua controller berbeza. COOL.

nin-2

nin-4

Ianya satu berita gembira untuk gamers on the go seperti saya. Ehem. Saya sangat sukakan konsep ini kerana anda tidak perlu bersusah payah untuk usung konsol yang besar ke mana sahaja anda pergi dan jika konsol traditional, anda memerlukan TV atau skrin untuk bermain. Tidak bagi Nintendo Switch.

Buat masa ini, Nintendo Switch tidak menyokong permainan video discs untuk Wii dan katrij 3DS walaupun bentuknya ketika mod portable seperti nintendo 3DS. Sebagai permulaan, antara permainan yang pertama akan keluar untuk Nintendo Switch adalah The Legend Of Zelda, Breath Of The Wild. YES, please take my money now.

shut-up

Tiada sebarang maklumat lanjut mengenai Nintendo Switch dikeluarkan buat masa ini tetapi video ini sudah cukup untuk membuatkan para gamers teruja. Nintendo Switch akan berada di pasaran seawal bulan Mac tahun hadapan. Jadi sebagai persediaan bolehlah anda menabung terlebih dahulu. Sebelum tu, layan dahulu video trailer penuh Nintendo Switch di bawah. Enjoy!

https://www.youtube.com/watch?v=f5uik5fgIaI

Sumber