Perkenalkan Nixie, sebuah concept kamera boleh-pakai di pergelangan tangan yang mampu terbang seperti sebuah dron. Dipakai seperti seutas jam tangan, anda boleh mengambil gambar selfie tanpa bantuan sesiapa lagi. Nixie semakin menjadi realiti selepas menjadi finalis dalam pertandingan Make It Wearable yang dianjurkan oleh pihak Intel, sebuah syarikat penghasilan semiconductor terbesar di dunia.

Buat masa ini Nixie masih dalam proses penambahbaikan. Menurut Christoph Kohstall, pengasas Nixie, mereka kini dalam tempoh percubaan untuk menjadikan kamera ini mampu mengikut pergerakan tangan seseorang. Ini membolehkan Nixie terbang mengambil gambar dalam apa jua keadaan dan seterusnya kembali semula ke pergelangan tangan seperti sebuah boomerang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Masa akan menentukan sama ada ini adalah masa depan kamera atau pun tidak. Kongsikan pendapat anda bersama kami.