Agak mengejutkan apabila mengetahui internet terlaju dunia kini dikuasakan oleh sebuah syarikat telefon yang gah suatu masa dahulu iaitu Nokia. Projek yang pada mulanya dimulakan sekadar untuk bereksperimen akhirnya mula diuji kepada umum dengan kelajuan 1 Tbps. 1000 kali lebih laju berbanding Google Fiber.

42525982

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Memandangkan Nokia bekerjasama dengan University of Munich dan Deutsche Telekom T-Labs, Bandar Stuttgart, Darmstadt dan Nuremburg antara yang terawal untuk merasai ‘nikmat’ internet yang sangat pantas ini. Nokia Bell Labs dijangka akan memperluaskan jaringannya di serata negara selepas ini.

Buat anda tak dapat membayangkan kelajuan internet ini, 1 Tbps adalah bersamaan 1 juta kali ganda laju berbanding internet 1Mbps dan 100,000 kali ganda laju berbanding internet 10Mbps.

Berikut merupakan perbandingan kelajuan internet Nokia berbanding pesaing-pesaing yang lain. Harus diketahui Google Fiber dan Verizon Fios antara syarikat yang menawarkan internet terlaju dunia.

speedchart

Sudahkah anda dapat membayangkan betapa lajunya internet daripada Nokia? Cukup untuk ketahui anda mampu memuat-turun kesemua episod Game of Thrones dalam jangka masa satu saat sahaja. Oh ya, kesemua episod tersebut dimuat-turun dalam definisi HD.

Sumber