Bermula dengan sebuah ura-ura ternyata perkara ini benar-benar berlaku. Buat anda yang sudah terbiasa dengan Snapchat mungkin ini bukanlah sesuatu yang baru, namun buat pengguna Instagram, ini perkara penting yang perlu anda ambil perhatian.

Dikatakan notifikasi screenshot ini cuma akan naik sekiranya pengguna screenshot gambar atau video yang akan ditamatkan dalam 24 jam kepada individu yang lain. Dalam erti kata lain, gambar yang dihantar di Instagram Direct. Ternyata Instagram mahu menjaga ‘privacy’ pengguna dengan baik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walaubagaimanapun, screenshot yang diambil pada Instagram Feed tidak akan menimbulkan sebarang notifikasi. Berikut merupakan notifikasi yang akan diterima pengguna. Nervous juga ya kalau terkantoi macamni.

cyde1rwxeaioeis

Saranan kami buat para pengguna Instagram, berhati-hati sebelum ‘screenshot’ sebarang gambar daripada Instagram. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya ‘crush’ anda mula mengesyaki aktiviti anda.

Sumber