Sekarang ini pengunaan kayu palet sebagai perabot sudah luas diperkenalkan, yang paling ketara kita boleh lihat adalah meja atau kerusi yang dibuat daripada bahan ini. Banyak terdapat di kedai-kedai hispter! Ya, penggunaan barang terpakai daripada palet ini menjimatkan, tetapi tetap kelihatan cantik. Jadi tidak hairanlah kenapa ramai orang memilih untuk membuat perabot daripada kayu palet.

Selain daripada dijadikan meja atau kerusi, banyak lagi inovasi yang boleh diperbuat daripada palet. Contohnya adalah katil, pondok kecil atau hiasan dinding. Kesemua ini boleh dibuat sendiri (DIY) tanpa memerlukan kemahiran tinggi pun sebenarnya. Yang penting cuma perlu menjadi kreatif!

Sebagai contoh, kami tertarik dengan hasil kerja yang telah dibuat oleh Kone Mei, pengubahsuai palet DIY. Di bawah ini adalah contoh hiasan dinding yang telah siap dibuat menggunakan palet sebagai bahan asas. Jika diperhatikan, ianya tidak memerlukan pengubahsuaian yang ketara. Cuma tambahan lukisan yang telah diwarnakan sahaja untuk jadikan ia kelihatan menarik.

Rupanya masih banyak lagi cara kreatif yang boleh dibuat dengan kayu palet. Anatara yang hasil yang telah ditunjukkan oleh Kone Mei adalah seperti, tempat bermain dat, bar mini, pembesar suara, dan juga hiasan dinding yang diinspirasikan dari permainan video Super Mario.

Cantik bukan? Kalau ada kelapangan masa, anda juga boleh memulakan projek DIY kayu palet anda sendiri. Nanti jangan lupa kongsikan hasil kerja anda bersama kami.

Jangan lupa follow Vocket di Facebook serta Instagram.