Macam mana hari ini aku boleh bukan setakat bercakap, bahkan menulis dalam Bahasa Inggeris?

Aku ini asal tak pandai pandai cakap orang putih. Di sekolah pun, kelas hujung-hujung aja. Cikgu sampai menangis sebab kami nakal.

Ingat lagi waktu aku kelas Bahasa Inggeris, cikgu sampai panggil aku ke hadapan suruh aku eja perkataan ‘which’ sebab aku asyik tulis ‘wich’.

Dengan yakinnya aku jawab ‘wich’. Dua tiga kali dia ulang tanya, aku jawab benda sama, terpancar sinar kesedihan di mata dia.

Bapa aku memang pandai ‘speaking’. Daripada beliaulah aku bina keyakinan yang aku juga boleh bercakap gaya ‘British born’.

Masuk UiTM, kelas BEL 100 (Basic English Learning) aku suka tapi memanglah aku tak boleh nak pandai.

Sebab enjoy sangat kehidupan, kawan-kawan semua cakap Melayu maka aku lupa sekejap cita-cita murni tadi.

Sampailah aku jadi minat pada rakan sekelas asal PJ. Budak sekolah Sri Aman, cakap English berhabuk.

Tapi aku tak dapat cara lagi. Macam mana nak ‘klik’ dengan dia. At a point, rasa ‘she is out of my league’.

Pendek cerita, aku berkenalan dengan geng debat. Sebab English aku teruk maka aku pasrahkan masuk pasukan Bahasa Melayu.

Tajuk pertama aku bahas adalah ‘Melayu adalah Bangsa Yang Layu’. Terkesima aku sekejap. Jadah apa benda aku nak hujah ni.

Lepas sesi, geng debat English cucuk jarum, mereka berjaya buat aku rasa boleh masuk dengan otak mereka.

Paling penting, mereka buat aku yakin bahawa debat Bahasa Inggeris bukanlah hanya milik orang yang sedia pandai berbahasa itu.

Motion pertama aku masuk adalah ‘Green is an unhealthy colour’, aku partner dengan Sir Nazim, lawan aku adalah Iqbal Hafiedz Edzral Armin dan (arwah) Edzuan Zakaria.

Nazim jadi 1st speaker dan whip. Aku jadi 2nd speaker. Aku berdiri tak sampai 4 minit, aku bercakap tak sampai 2 minit rasanya.

Dan ya, sebab paling kuat dorong aku redah juga benda ini adalah aku nak jadi pandai barbahasa penjajah ini sebab aku nak ngorat wanita PJ tadi.

Dan akhirnya memang aku jadi pandai.

Tidaklah sampai berslanga ala James Bond tetapi sekurang-kurangnya kalau kau campak aku tengah orang putih aku tak takut.

Nasib baik mak bapak aku sempoi. Mereka sokong dengan cara benarkan aku hadir ke segala latihan dan pertandingan di mana sahaja. Izin tu yang mahal bhai.

Pertandingan debat dunia, Asia dan Australasia aku sampai. Wakil SIFE Malaysia ke Barcelona (ranked top 6 in the world), dan program pertukaran pelajar ke Amerika juga aku merasa.

Dan itu dikecapi selepas beratus-ratus sesi ‘memalukan diri’ depan kawan-kawan, di khalayak ramai dan pergi tournament sepatah haram tak faham apa orang kata sebab mereka cakap laju sangat.

Paling aku bangga – pernah dipanggil ‘ahli neraka’ sebab bertutur bahasa ini di gerai makan dalam kampus.

Ada juga kes, budak yang kutuk aku poyo datang menyembah di bilik minta aku tolong dia siapkan assignment essay.

Entah macam mana aku boleh jadi Presiden Persatuan Bahasa Inggeris UiTM Arau pula.

Perkara utama aku nak sampaikan di sini adalah, lingkungan rakan yang kau sertai akan membentuk kau.

Dan lingkungan itu takkan selalu ada. Edzuan yang memang banyak bantu aku, kini dah pergi menghadap ilahi.

Ingat wanita Sri Aman tu? Beliau juga baru sahaja pulang kepada Sang Pencipta.

Ingatlah. Peluang itu selalu hadir, tinggal kau sahaja nak rangkul atau tidak.

Bila ia berlalu pergi, jangan lagi kau ratapi. Itu adalah akibat kebodohan dan kemalasan diri kau sendiri.

Maka aku kongsikan gambar dengan Rani Kulup dengan pesanan marilah kita sentiasa Keep It Up (#Kipidap) dan Don’t Give Up (#Dongibap)!

SHARE post ini untuk panduan motivasi adik beradik, anak-anak, mahupun diri sendiri yang dah jadi mak bapak.