Sejak Ramadan lalu ramai jemaah bertanya kepastian kepada saya tentang kawasan Shamia – iaitu bangunan baru yang dibina selaku “sayap” pembesaran ruang solat daripada Masjidil Haram.

Dalam projek ini suami dan warga kerja beliau turut terlibat dalam aspek pemasangan komponen dome (kubah) yang diperbuat daripada bahan teknologi tinggi German iaitu Komposit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menjawab kepada persoalan para jemaah yang tersasar ke kawasan Shamia ini hingga sesat untuk mencari jalan pulang ke hotel penginapan mereka, secara peribadi nasihat saya lebih wajar untuk kekal berada berdekatan sekitar bangunan asal Masjidil Haram.

Bangunan asal ini merujuk kepada kawasan sisi 360 darjah pusingan tawaf mengelilingi Kaabah (rujuk gambar yang tertera “Shamia”).

haji-dan-umrah-di-mekah-1
Kedudukan kawasan bangunan Shamia Expansion
haji-dan-umrah-di-mekah-2
Laluan pintu Utama bangunan Shamia di bahagian belakang Masjidil Haram. Jika tersasar ke kawasan ini, Menara Jam sebagai pandu arah ke pintu Utama Masjidil Haram.
haji-dan-umrah-di-mekah-3
Pandangan dalam ruang solat Shamia.

Saya hanya pernah sekali ke kawasan ini pada Ramadan 2013 sewaktu dalam proses pembangunan dan tidak lagi bercadang berjalan agak jauh ke Shamia sedangkan saya sentiasa ingin solat di hadapan Kaabah.

Jarak perjalanan dari kawasan Shamia ke arah Kaabah sedikit jauh kerana pintu laluan masuk utama Shamia terletak di bahagian belakang dan sisi tepi Safwa Marwa (laluan Saei).

Saya simpati pada jemaah yang kecewa membawa ibunya yang sudah uzur dari hotel penginapan (sekitar kawasan menara jam) ke kawasan Shamia yang lebih luas, selesa dan berhawa dingin untuk solat malah tercari-cari di mana ruang untuk melihat Kaabah.

Jika jemaah solat di bangunan Shamia jemaah tidak dapat melihat sisi Kaabah walaupun dari jarak jauh kerana ia terhalang dengan bangunan asal Masjidil Haram.

Tentu sekali tujuan utama jemaah haji mahu pun umrah adalah untuk sentiasa berpeluang menatap Kaabah yang penuh rahmat dan besar ganjaran serta mustajab doanya, inshaAllah.

Cari lah peluang sebaik mungkin untuk solat di dalam kawasan Masjidil Haram, kebiasaannya 30 minit – 45 minit sebelum azan solat fardhu berkumandang pintu-pintu utama Masjidil Haram akan ditutup oleh mudir / pegawai keselamatan.

Jangan khuatir. Ruang solat di aras 1 & 2 Masjidil Haram masih luas. Jemaah boleh menaiki eskalator yang terdapat di luar kiri pintu masjid (contohnya di Gate 91 / 92). Eskalator ini adalah akses laluan untuk memasuki ruang solat aras atas.

Jika masih tiada rezeki untuk solat di dalam masjid, tunggu sehingga selesai azan berkumandang, jemaah boleh solat di dataran luar Masjidil Haram. Pasti kan sentiasa membawa sejadah (saiz kecil memadai).

Usai solat fardhu pintu-pintu laluan masuk ke dalam Masjidil Haram akan dibuka seperti biasa, ambil peluang ini untuk menatap Kaabah sebaiknya & sepuasnya.

Baca: 23 Tip Tunaikan Umrah Di Mekah Dan Madinah

haji-dan-umrah-di-mekah-4
Sekitar dataran luar Masjidil Haram di bahagian pintu utama & menara jam.
haji-dan-umrah-di-mekah-5
Jika ruang solat di dalam masjid penuh & tidak dibenarkan masuk, boleh solat di bahagian luar dataran masjid. Askar / pegawai keselamatan (berpakaian celoreng) akan sentiasa membantu jemaah-jemaah jika tersasar dari laluan ke hotel penginapan.
haji-dan-umrah-di-mekah-6
Terdapat banyak pintu-pintu masuk / keluar ke ruang solat dan memandang Kaabah secara terus.
haji-dan-umrah-di-mekah-7
Saban tahun jemaah Haji / Umrah semakin meningkat, pembesaran Masjidil Haram adalah untuk keselesaan & menampung jumlah jemaah yang mencecah ratusan ribu orang pada satu masa.
haji-dan-umrah-di-mekah-8
Projek pemasangan kubah (dome) Komposit di Shamia & siling bangunan asal Masjidil Haram dibawah pengawasan suami & warga kerjanya.
haji-dan-umrah-di-mekah-9
Guna kan sebaiknya peluang & kesempatan masa menatap & berdoa di hadapan Kaabah.
haji-dan-umrah-di-mekah-10
Kubah Shamia keseluruhannya diperbuat daripada bahan teknologi tinggi German iaitu Komposit – Projek Mega ke 3 dibawah kendalian suami & warga kerja syarikatnya.

Andai jemaah tersasar dari pintu masuk, jangan panik dan gusar. Pandang ke menara jam sebagai pandu arah yang akan menghala jemaah ke pintu laluan utama Masjidil Haram.

Bertanya lah kepada pegawai keselamatan (berpakaian seragam rasmi warna coklat / celoreng askar) yang berlegar di sekitar kawasan masjid (jika tiada kelibat Pegawai Tabung Haji) arah ke hotel penginapan jemaah dengan menunjukkan kad pengenalan diri yang tertera nama hotel.

Mereka tentu sekali sangat berbesar hati akan membawa jemaah pulang ke hotel penginapan dengan selamat. Elakkan dari bertanya kepada jemaah-jemaah lain yang kurang arif bagi mengelakkan anda tersasar lebih jauh.

Ujian sebagai tetamu agung Allah terselindung hikmah penuh kemanisan. Keselesaan untuk solat itu ada dimana-mana, yang kita raih adalah melihat rahmat keagungan Allah – Baitullah.

Ia adalah coretan pengalaman peribadi saya yang sentiasa menyelit di antara ratusan ribu duyufurRahman mencari sejengkal ruang untuk solat. Pengalaman ini lah yang banyak mengajar saya kesabaran, peluh yang menitik tatkala solat itu erti kepuasan & keinsafan.

Moga perjalanan ibadah Haji / Umrah jemaah sentiasa dibawah payung lindungan Allah.

Nota: Bangunan Masjidil Haram sedang dinaiktaraf dengan pesat demi keselesaan para jemaah dan bagi menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat saban tahun.

Kawasan sekitar Masjidil Haram juga dari semasa ke semasa lebih luas, berlumba-lumba malah berasak-asak dengan jemaah yang lain untuk mencari ruang solat. Maka kekal kan niat untuk menunaikan solat dan berdoa melihat KAABAH – nikmat anugerah yang tiada tandingan.

Jangan pernah takut dan sangsi, pengalaman di Tanah Suci pasti menjadi memori abadi. Kerana bayangan Baitullah yang akan sentiasa dirindui.

Baca lagi: 5 Tips Buat Anda Yang Mahu Ke Mekah Buat Pertama Kali