Pelopor terawal fitness wearable iaitu Syarikat Fitbit kini di dalam proses untuk mengambil alih sebuah lagi pasukan gergasi di dalam industri wearables iaitu Pebble. Berdasarkan beberapa laporan awal, dikatakan jumlah pembelian syarikat Pebble ini bakal memakan jumlah sebanyak $40 juta.

pebble-epaper-watch

Syarikat Pebble yang hanya bermula dengan platform Kickstarter untuk mengutip dana berjaya untuk menerima lebih $10 juta menerusi kempen tersebut. Kini, Pebble dilanda krisis kewangan sekaligus menarik perhatian Fitbit untuk mendapatkannya.

Siapa sangka kejayaan pada model pertama tidak mampu untuk memberi kejayaan seterusnya. Pebble 2 dan Pebble Time gagal untuk mengulangi kejayaan model sulung mereka sekaligus mendesak syarikat ini untuk membuang sejumlah besar pekerja mereka.

intel3

Sebelum ini, Intel antara yang berminat untuk mendapatkan Pebble dengan nilai syarikat $70 juta walaubagaimanapun ditolak berikutan harga penawaran yang rendah pada ketika itu.

Bagi mengelakkan nilai syarikat terus menurun, tawaran daripada Fitbit terpaksa diterima sekaligus dapat menyelesaikan hutang 25 juta syarikat tersebut. Kerjasama diantara Fitbit dan Pebble bakal memberikan peluang buat syarikat ini terus berkembang seterusnya menghasilkan fitness tracker yang lebih awesome.

apple-watch-vs-android-wear-vs-pebble-time-features-design-hero

Dengan jumlah besar yang dilaporkan, kami menjangkakan terdapat persaingan sengit diantara Fitbit, Android Wear dan Apple Watch di masa akan datang.

Sumber