Berita yang kurang enak buat semua bakal ‘pokemon master’ di luar sana. Heboh kemarin apabila terdapat sumber yang mengatakan Pokemon Go bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada hari ini. Terbaru, Niantic Labs selaku pembangun aplikasi Pokemon Go mengesahkan tiada perancangan secara rasmi Pokemon Go akan dilancarkan pada masa terdekat ini selain yang telah diumumkan.

Dikatakan salah faham mengenai pelancaran Pokemon Go ini berikutan daripada laporan WSJ yang melaporkan permainan ini akan dilancarkan di Jepun pada masa terdekat dimana disalah erti oleh beberapa media sebagai pelancaran secara tidak langsung buat negara-negara Asia yang lain. Mungkin atas desakan hype yang terlalu tinggi agaknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

pokemon-go-3

Buat mereka yang berada di UK, Germany, Australia dan New Zealand beruntunglah kerana dapat menjadi ‘pokemon master’ lebih awal. Buat negara lain makin perlu tunggu seketika. Buat anda yang tidak sabar menantikan tarikh rasmi, laman web ini ada menyediakan update secara terus kepada email anda apabila dilancarkan.

Sebelum menantikan Pokemon Go dilancarkan secara rasmi, mungkin anda boleh fikirkan apakah Bulbasaur, Squirtle dan Charmander yang akan dipilih anda sebagai Pokemon pertama anda. Bagi mengubati kekecewaan yang mengharapkan Pokemon Go dilancarkan pada hari ini. Pokemon menyediakan ‘easter egg’ untuk cara tersendiri buat anda yang ingin mendapatkan Pikachu sebagai Pokemon pertama. Anda boleh ikuti step seperti yang dinyatakan pada video ini.

Sumber