Adakah anda setuju jika dikatakan cara terbaik untuk belanjakan wang bukanlah dengan membeli pelbagai produk tetapi mencipta pengalaman yang menarik?

Jika jawapan anda ialah setuju, teruskan pembacaan ini:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Cancun Underwater Museum (MUSA) adalah sebuah muzium di dalam laut. Ia menyediakan satu pengalaman yang hebat di mana anda perlu memakai sut skuba untuk melawat muzium ini. Jika anda tidak ada lesen skuba, anda boleh melihatnya melalui aktiviti snorkeling.

Lebih 470 patung dan ukiran di dasar lautan Cancun ini dijalankan oleh organisasi bukan berasaskan keuntungan yang memfokuskan kepada Seni Pemuliharaan (Art of Conservation). Idea penubuhan ini dicetuskan oleh Pengarah Taman Laut Jaime Gonzalez Canto dan Jason deCaires Taylor, pengukir pada awal tahun 2008 selepas melihat banyak kerosakan terumbu batu karang semulajadi di Cancun, Mexico.

Kini, muzium ini bukan sahaja dipenuhi patung-patung dan ukiran tetapi terumbu-terumbu batu karang dan menjadi tempat tarikan hidupan laut membiak.

Jika anda berminat, yuran masuk aktiviti snorkeling ialah USD$45 untuk dewasa dan USD$22.50 untuk kanak-kanak (minimum umur 5 tahun). Lawatan selama 2 jam ini akan membolehkan anda melihat kumpulan ikan, penyu, dan hidupan laut yang lain di kawasan tersebut.

Bagi aktiviti skuba pula, yuran termasuk 1 tangki gas ialah USD$65 untuk seorang dewasa/kanak-kanak dengan minimum umur 10 tahun. Anda perlu tunjuk sijil skuba yang sah (kad skuba) semasa pendaftaran di sana. Anda akan diiringi oleh penyelam skuba bertauliah.

Gambar-gambar di dasar laut MUSA:

Buceo-en-MUSA

Diving-in-MUSA-01

Diving-in-MUSA-03

Diving-in-MUSA-04

Diving-in-MUSA-05

Musa-Aquaworld

Snorkel-in-MUSA-01

Snorkel-in-MUSA-05

thumb (1)

thumb (2)

thumb (3)

thumb (4)

thumb (5)

thumb (6)

thumb (7)

thumb (8)

thumb (9)

thumb (10)

thumb (11)

thumb (12)

thumb (13)

thumb (14)

thumb (15)

thumb

https://www.youtube.com/watch?v=Lhn19Uya6xU

Sumber: Aqua World Mexico – Snorkelling, Aqua World Mexico – Scuba, MUSA Cancun

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram