2017 semakin dekat. 6 perkara ini boleh dilakukan oleh pemilik bisnes kecil untuk tambah baik bisnes sendiri:

1. Tidak tunggu motivasi ada baru bertindak.

Aktiviti dalam bisnes sudah jadi rutin harian. Bermotivasi atau tidak, kita tetap lakukan.

Ups and down itu perkara biasa. Cepat-cepat masuk landasan apabila fokus macam tergelincir.

2. Pemasaran wajib konsisten.

Tidak on off. Kejap buat kejap tidak.

Segmen pelanggan harus jelas. Tidak tembak merata. Berguru jika masih tidak faham hal ini.

3. Kira kos dan urus kewangan dengan betul.

Kita tidak lagi berniaga dalam ‘blur’, tak tahu untung sebenarnya berapa, aliran tunai sihat atau tidak.

Tindakan pertama jika belum buat, asingkan duit bisnes dan duit peribadi. Ia memudahkan langkah seterusnya.

4. Berniaga mesti ada target mahu dicapai.

Jangka pendek dan jangka panjang.

Apabila ada target, baru kita boleh design strategi, taktik dan teknik apa mahu diguna untuk capai target.

5. Tidak lagi berniaga sembunyi-sembunyi.

Kita patuh undang-undang. Apabila keuntungan direkod, kita bayar cukai.

Undang-undang agama juga kita patuh, kita ambil peduli kiraan dan bayaran zakat perniagaan kita.

6. Kita bukan jenis mata duitan semata-mata.

Hanya fikir untung tanpa ambil peduli nilai-nilai yang baik. (Contoh: masih pakai teknik curi prospek pada iklan berbayar orang lain).

Kita berniaga untuk cipta kehidupan lebih baik dan tambah nilai kepada pelanggan, rakan kongsi, pembekal, staff, dan sesama peniaga lain.

Bukan setakat itu, hasil daripada bisnes kita juga beri manfaat kepada golongan fakir miskin, asnaf, kurang upaya dan lain-lain.

BACA: Bagaimana Neelofa Manipulasi ‘Suri Hati Mr Pilot’ Untuk Bisnes