Siapa sangka dari seorang penagih dadah, kini lelaki ini bergelar jutawan. Khalil Rafati dahulunya adalah seorang penangih dadah dan gelandangan yang menetap di Los Angeles. Namun, kisah hitam 13 tahun dahulu sedikitpun tidak melemahkan beliau untuk mengubah nasib hidup.

Betul! Siapa lagi yang boleh mengubah hidup kita kalau bukan diri sendiri. Khalil Rafati dilahirkan di Ohio, beliau mula berhijrah ke Kota Los Angeles demi mahu melupakan masa silamnya yang pernah menjadi mangsa penderaan seks. Ketika di Los Angeles, beliau boleh dikatakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Khalil memiliki perniagaan penjualan kereta dan antara pelanggannya adalah Elizabeth Taylor, ahli Guns N’ Roses dan beberapa artis yang lain. Tidak lama selepas itu, beliau mula berjinak-jinak menghisap marijuana dan dalam masa yang sama menjual dadah jenis pil ecstasy dan ketamin.

1

Lebih teruk apabila beliau mula ketagih dengan dadah jenis heroin, semasa inilah perniagaan beliau jatuh dan hidup sebagai gelandangan. Pengambilan dadah sememangnya sangat bahaya, beliau pernah hampir maut akibat mengambil dadah secara berlebihan. Selain itu, beliau turut kongsikan peristiwa hampir mati ditembak semasa berada di sebuah pesta suka ria di Malibu, semuanya kerana dadah.

Pada tahun 2003, Khalil ditangkap dan dimasukkan ke pusawat pemulihan. Sejak daripada itu dia mula menyedari akan kehidupan gelapnya dan nekad untuk mengubah nasib hidup menjadi lebih baik.

Hidupnya berubah setelah diperkenalkan dengan minuman jus sihat oleh rakannya. Semenjak itu Khalil mula menyediakan jus tersebut kepada kakitangan dan pesakit di pusat pemulihan Riviera, iaitu pusat pemulihan di mana dia pernah mendapat rawatan.

2

Dalam pada itu, Khalil mula mendapat idea untuk memulakan perniagan dengan lebih serius. Berbekalkan $50,000 wang syiling yang pernah disimpannya, dia memberanikan diri untuk membuka peniagaan jus kesihatan tersebut.

Kedai jus ini diberi nama SunLife Organics, membekal minuman kesihatan terutama kepada bekas penagih dadah dan gelandangan sepertinya. Kini SunLife Organics mempunyai enam buah cawangan dengan tawaran menu sebanyak 32 jenis jus, minuman protein, kopi dan yogurt beku.

Pernah dipandang hina bukan alasan untuk tidak berjaya dalam hidup, segala kenangan pahit dan manis dalam hidup beliau ada diceritakan dalam sebuah memoir yang bertajuk ‘I Forgot To Die’.

Ikuti klip temu buah bersama Khalil Rafati di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=XRyGujBD970

Baca juga: Dulu Bapa Ayam, Edar Dadah, Sekarang ‘Taiko’ Mee Goreng Hokkien Ternama