Gunung Kerinci yang berketinggian 3.805 mdpl terletak di kawasan Jambi yang bersempadan dengan wilayah Sumatera Barat, Pegunungan Bukit Barisan, pantai barat, dan terletak sekitar 130km di sebelah selatan Padang.

Gunung ini dikelilingi kawasan hutan tebal Taman Nasional Kerinci Seblat dan merupakan habitat semulajadi harimau serta badak sumatra.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Info lain tentang Gunung Kerinci:

1.  Merupakan gunung berapi yg masih aktif dan kali terakhir meletus pada tahun 2009.
2. Gunung tertinggi di Sumatra.
3. Gunung berapi tertinggi di Indonesia.
4. Puncak tertinggi di Indonesia di luar Papua.

Dari Airport Padang kami telah bergerak ke Jambi dengan menaiki van menuju ke Kresik Tuo yang mengambil masa selama 9 jam perjalanan.

Di Kersik Tuo, kami telah bermalam di Homestay Family & Resort sebelum memulakan pendakian pada keesokan harinya.

Dari homestay menuju ke Pintu Rimba mengambil masa selama selama 30 minit dengan menaiki van. Trip #ProjekKerinci2016 kami kali ini terdiri daripada 11 orang peserta, 2 orang guide dan 3 orang porter.

Kami memulakan pendakian pada pukul 10 pagi waktu di Indonesia (waktu di Indonesia lambat 1 jam dari waktu di Malaysia).

10.00 am: Memulakan pendakian dari Pintu Rimba
11.00 am: Tiba di Pos 1 (1885m)
12.00 am: Tiba di Pos 2 (2020m)
01.00 pm: Tiba di Pos 3 (2225m)
02.30 pm: Tiba di Shelter 1 (2504m)
05.00 pm: Tiba di Shelter 2 (3100m)
(masa yang dinyatakan di atas tidak terlalu tepat)

Baca: 5 Persediaan Penting Sebelum Travel Ke Kawasan Pedalaman Dan Tempat Tinggi

pengalaman-daki-gunung-kerinci-9

pengalaman-daki-gunung-kerinci-1

pengalaman-daki-gunung-kerinci-3

pengalaman-daki-gunung-kerinci-4

pengalaman-daki-gunung-kerinci-8

pengalaman-daki-gunung-kerinci-5

pengalaman-daki-gunung-kerinci-6

pengalaman-daki-gunung-kerinci-7

Jarak penglihatan lebih kurang 50m sahaja. Kalau tak bergerak dalam kumpulan, boleh sesat. Owh rindunya summit attack.

Pendakian Gunung Kerinci adalah sangat sukar. Hampir 90% laluannya adalah menegak. Hujan yang lebat telah turun di sepanjang perjalanan kami dan menyebabkan beberapa orang ahli kumpulan lambat untuk tiba ke Shelter 2.

Kami diarahkan oleh guide dan porter untuk bermalam di Shelter 2 disebabkan cuaca yang kurang baik (sepatutnya plan untuk bermalam di Shelter 3).

Ini kerana jika kami bermalam di Shelter 3, kemungkinan khemah kami akan ditiup angin kencang kerana di Shelter 3 merupakan kawasan berbatu dan tidak terdapat pokok.

Setelah khemah dipasang dan selesai makan malam, kami diminta untuk berehat kerana kami perlu menyambung perjalanan kami menuju ke puncak seawal jam 4 pagi.

Suhu ketika itu adalah sangat sejuk sehingga menyebabkan tangan berasa kebas. Hujan masih turun renyai-renyai.

Kami bangun seawal jam 3 pagi untuk makan dan bersiap-siap untuk SUMMIT ATTACK! Cuaca pagi itu sangat baik.

Kelihatan bintang-bintang menyinari kegelapan malam namun suhu masih sangat sangat-sangat sejuk! Hanya azam yg tinggi untuk menawan gunung berapi tertinggi di Indonesia menjadi motivasi kepada kami untuk terus kuat.

Kami tidak bergerak di dalam kumpulan kerana kami perlu berpecah mengikut keupayaan masing-masing.

4.00 am: Memulakan pendakian dari Shelter 2.
6.00 am: Tiba di Shelter 3 (3319m)
7.00 am: Tiba di Tugu Yudha
7.45 am: Tiba di Puncak Gunung Kerinci

Alhamdulillah berjaya juga sampai di puncak Gunung Kerinci pada ketinggian 3805m dari paras laut. Cuaca masih lagi baik. Walaupun tak dapat menikmati sunrise di puncak, tapi aku dapat layan sunrise sorang-sorang di Tugu Yudha.

Sedikit sejarah tentang Tugu Yudha. Tugu ini dinamakan sempena memperingati sorang pendaki bernama Yudha Sentika.

Yudha merupakan seorang pendaki yang berusia 17 tahun ketika itu telah hilang semasa cuba untuk mendaki Gunung Kerinci pada 23 Jun 1990. Sehingga ke hari ini jasad Yudha masih belum ditemui.

8 orang ahli group kami telah berjaya sampai ke puncak namun 3 orang lagi tertewas.

View dari atas puncak adalah sangat cantik. Kami boleh nampak debu-debu yang keluar dari kawah seluas 400 x 120 meter. Selain itu, kelihatan juga pemandangan indah Kota Jambi, Padang, dan Bengkulu. Bahkan Samudera Hindia yang luas terbentang juga dapat dilihat dengan jelas.

Di sebelah timur puncak pula kelihatan Danau Bento, iaitu paya berair jernih tertinggi di Sumatera dan di belakangnya terdapat Danau Gunung Tujuh.

Setelah puas menikmati pemandangan dan hujan debu di atas puncak, kami kembali bergerak untuk turun ke bawah pada pukul 9 pagi. Hujan lebat kembali turun semasa kami tiba di Shelter 2 menyebabkan perjalanan turun ke bawah mengambil masa yang agak lama.

10 orang ahli kumpulan kami telah berjaya sampai di kaki gunung pada malam tersebut namun seorang lagi ahli terpaksa bermalam bersama guide di Shelter 1 kerana hyperthermia. Alhamdulillah rakan kami tersebut berjaya turun dengan selamat keesokan harinya.

Sesiapa yang berminat untuk menawan Gunung Kerinci, dicadangkan untuk mengambil guide yang berasal dari kampung sana sendiri.

Ini kerana penduduk di Kerinci sangat arif tentang sifat dan cuaca di gunung berapi tersebut. Selain itu, guide-guide Gunung Kerinci sangat ramah dah baik hati.

Sesiapa yg mahukan khidmat guide dan porter di Gunung Kerinci boleh hubungi:
Johan: +807793113088
Yuda: +6285378963641 (ni bukan Yuda yang hilang tu. Haha)

Akhir kata, Gunung Kerinci bukan biasa-biasa. Jom layan video kami di bawah.

 

Baca lag: 10 Tip Dan Persediaan Buat Yang Baru Berjinak Nak Mendaki Gunung