Nota Editor : Kisah ini dipetik daripada Facebook Nadzri Sazali. Pendekatan beliau dalam isu halangan bersolat oleh majikan non-muslim adalah satu pendekatan yang sangat matang dan wajar dicontohi. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Semoga ia dapat menjadi tauladan dan panduan untuk kita semua.


Kerja pertama aku lepas SPM dulu di Bonia JPO. Waktu itu JPO baru buka lagi. Ramai member-member cari kerja di sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nak diceritakan, boss aku dulu seorang Chinese, Miss Ng nama dia. Waktu first day kerja, aku minta izin untuk keluar solat. Tiba-tiba dia kata tak boleh. Tersentak jugak aku waktu itu. Dah la ini pengalaman pertama aku bekerja. Tiba-tiba nak minta solat tak dapat.

Tapi daripada aku viral kan isu di internet, report polis, takpun call mak ayah mengadu, aku gunakan budi bicara. Aku bagitau dia aku keluar solat tak lebih 10 min (sebab dari kedai pi surau hujung ke hujung mall). Dia kata boleh, tapi kena punch card. Aku pun terima je lah.

Lepas 10 min, aku balik. Tetibe dia tanya aku,
“Aiyoo banyak cepat. You lari ke?”
“Tak lah. Sembahyang 5 min saja. Jalan 5 min.”

Satu hari tu, 3 kali aku punch card keluar untuk solat je. Hari kedua pun aku buat benda yg sama. Masuk hari ke 3, boss aku kata tak payah dah punch card. Nak keluar solat, bagitau je dia. Hari hari lepastu, 3 bulan aku kerja takde masalah dah nak keluar solat.

Kadang kadang, mereka bukan tak bagi solat. Mereka bukan menidakkan hak kita. Jauh sekali bersikap racist. Mereka cuma TAK TAHU. Tugas kita lah untuk educate. Bagitau dia solat ini tak panjang mana. Bagitau dia solat 5 waktu sehari ini tak sama macam solat jumaat yang siap khutbah nak dekat sejam tu. Baru dia faham. Jangan gelabah sangat.

Jangan salahkan mereka semata. Aku perhati ada pekerja muslim (kedai lain) yang keluar minta solat, tapi dalam perjalanan tu singgah dulu sembang dengan member 10 min. Hisap rokok 10 min. Mengular sana sini. Last-last keluar sampai 30-40 min.

Majikan mana yang tak marah? 3 kali solat dah 1 jam 30 minit break free free. Memang lah dia terus tak bagi pekerja lain keluar solat.

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Sebab itu pentingnya budi bicara.
Runding, bukan berguling.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram