Seperti mana yang kita tahu, negara matahari terbit mempunyai taraf hidup yang tinggi.

Tempoh travel selama 17 hari pada Julai 2015 memberi peluang untuk saya ‘volunteer’ sebagai seorang ‘WWOOFer’ di Kisarazu, Chiba, Jepun, setelah membaca sebuah artikel di dalam website SoloTravel.org.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

WWOOF adalah singkatan kepada World Wide Opportunity of Organic Farming, di mana sistem ini memberi ‘win-win situation’ kepada host dan WWOOFer.

Host akan menyediakan tempat tinggal dan makanan manakala ‘WWOOFer’ mesti berkhidmat untuk host.

Pengalaman yang unik, saya diajar untuk ‘living organically’. Bayangkan sebuah kereta dijana menggunakan hasil recycle minyak tempura sahaja.

Host saya tidak menggunakan baja kimia untuk tanaman mereka , ‘If we use chemical, we kill the ecosystem’ , ujarnya.

Kenapa saya WWOOFing?

1. Curiosity. Selepas saya membaca artikel tersebut, timbul rasa ingin tahu yang mendalam tentang WWOOFing. Macam best je!

2. Jimat kos perbelanjaan. Kos sara hidup di Jepun sangat mahal. WWOOFing adalah free, cuma beli tiket penerbangan dan sedikit duit sara diri.

3. Kenali budaya Jepun dengan lebih dekat. Saya memang meminati bahasa dan budaya Jepun sejak zaman Takuya Kimura lagi.

Bagaimana nak sertai WWOOFing?

1. Beli flight ticket. Tentukan negara mana nak pergi
2. Layari www.wwoof.net. Pilih negara, dan cari host, request.
3. Berkomunikasi dengan host dengan mesej di dalam website WWOOF.
4. Jika host confirm dengan kehadiran kita, just proceed and pergi rumahnya.
5. Adaptasi dengan persekitaran and cara kerja mereka.

Saya kongsikan gambar-gambar dan catatan pengalaman saya sewaktu di sana.

1. Sebelum sampai di rumah host, singgah rumah kawannya, juga seorang petani di Jepun. Kagum dengan architecture di Jepun, walaupun di kampung, masih mengekalkan identitinya.

travel-percuma-di-jepun-3

2. Rumah keluarga Yamano. They used to live in Tokyo, but the living cost is too high and their family has paddy fields in Kisarazu. After 5 years living in the bustling city, they decided to make a change.

Menjadi petani organik. Sudah lebih daripada 200 orang WWOOFer sampai ke rumah ini, sejak 2012.

travel-percuma-di-jepun-7

3. Katsura Yamano, isteri kepada inspiring host saya, Teruhiro Yamano.

travel-percuma-di-jepun-1

4. Yamano Fuwa, anak perempuan host yang comel. Mempelawa saya taiyaki inti kacang yang sedap!

travel-percuma-di-jepun-2

5. Katsura-san menjemput saya di Stesen Kisarazu, 3 jam perjalanan dari rumah adik saya di Hachioji. Saya menghadiahkan kain batik sarong arwah ibu saya kepada keluarga Yamano sebagai hadiah. Comel kan Katsura-san!

travel-percuma-di-jepun-4

6. Teru-san tiba agak lambat semasa saya sampai, disebabkan Katsumori ada game baseball di sekolah. ‘How to wear this?’ he said. I think he nailed it!

travel-percuma-di-jepun-5

7. Terjumpa penulisan WWOOFer dari Malaysia. Setiap WWOOFer akan meninggalkan wasiat terakhir sebelum meneruskan perjalanan masing-masing. Yes, Malaysia Boleh!

travel-percuma-di-jepun-8

8. Mungkin saya ialah WWOOFer Muslim pertama yang mereka terima. Katsura-san agak curious mengenai hijab dan menyuruh saya buat tutorial memakai hijab semasa tea break.

“Kakkoi-na, hijab wa” , katanya. Saya ada google mengenai Hana Tajima dan tunjuk design Hana ft Uniqlo masa itu.

travel-percuma-di-jepun-9

9. Sistem ‘toilet’ Yamano. Tidak flush, tiada bau dan organik. Terdapat lakaran bagaimana sistem toilet berfungsi di atas dinding toilet.

travel-percuma-di-jepun-10

10. Wallpaper di rumah Yamano. Recycle saja kalendar tahun lepas.

travel-percuma-di-jepun-15

11. Keluarga baseball. Katsumori-san dan Teru-san menonton perlawanan baseball setiap malam.

travel-percuma-di-jepun-18

12. Terbentang luas di hadapan rumah keluarga ini. Petak padi di Jepun sebenarnya disewa oleh petani dari tuan tanah.

travel-percuma-di-jepun-11

13. WWOOfer dari Hong Kong, Joanna Cheng. Peminat matcha (green tea) tegar. Joanna juga pertama kali menjadi seorang volunteer (WWOOFer).

travel-percuma-di-jepun-12

14. WWOOFing di sawah padi keluarga Yamano. Kerja mesti mengikut etika orang Jepun, on-time, cepat, cekap, teliti. WWOOFer perlu berkhidmat selama 6 jam, 4 jam kebiasaannya di sawah, 2 jam di rumah.

travel-percuma-di-jepun-13

15. Katsura-san akan menyediakan onigiri ke sawah jika kami tidak sempat sarapan di rumah. Onigiri inti plum, terbaik!

travel-percuma-di-jepun-14

16. Partner-in-crime. Setiap petang selepas selesai bekerja kami ke kedai atau 7-Eleven untuk menikmati ice-cream 100 yen.

travel-percuma-di-jepun-17

17. Menikmati sunset di Kisarazu sebelum makan malam.

travel-percuma-di-jepun-16

18. Just tell them that you’re a vegan, if you’re a Muslim. Mereka faham dan sepanjang saya berada disana, mereka juga menjadi vegan! Masakan Katsura-san sangat sedap! Kami siap minta resepi setiap hidangan.

travel-percuma-di-jepun-19

19. Learning Japanese Table Manner. Mangkuk dan chopstik disusun mengikut pangkat dalam keluarga.

Mangkuk dan chopstik paling besar untuk otosan (ayah), disusuli anak lelaki, okasan (ibu) dan anak perempuan.

Chopstik diletak dibawah mangkuk dan miso soup (kalau ada), kedudukan ikut tangan mana dorang pegang.

Nasi kena habiskan, sebab Teru-san akan tegur, “Finish your rice, we’re from rice making family, it’s really hard to plant them”. Sebiji pon tak boleh tinggal dalam mangkuk.

travel-percuma-di-jepun-20

20. Untuk mengelakkan pembaziran, nasi diisi mengikut keperluan sahaja. Kalau habis dalam mangkuk, baru boleh ‘top-up’.

travel-percuma-di-jepun-34

21. Yamano Katsumori, 11 tahun.

travel-percuma-di-jepun-35

22. Yamano Fuwa, 9 tahun.

travel-percuma-di-jepun-36

23. Bunga hydrangea liar di belakang rumah.

travel-percuma-di-jepun-23

24. Minyak kereta, hasil kitar semula dari minyak tempura restoran berhampiran.

travel-percuma-di-jepun-24

25. Hanya kereta yang menggunakan diesel saja boleh dijana oleh minyak tempura.

travel-percuma-di-jepun-25

26. Teru-san sangat meminati buluh. Tanbo Cafe / Kafe Sawah Padi mereka diperbuat dari buluh.

travel-percuma-di-jepun-26

27. Exterior rumah. Air hujan digunakan untuk membasuh peralatan sawah dan mencuci kereta.

travel-percuma-di-jepun-27

28. Bento ‘meat-free’ hanya untuk saya.

travel-percuma-di-jepun-28

29. Demo menggunakan mesin rumput oleh Katsura-san.

travel-percuma-di-jepun-29

30. “I want to create awareness to others, especially to Shindo-san to avoid using chemicals, Shindo-san is a great influencer, if he stop using it, people will follow him” – Teru-sa.

travel-percuma-di-jepun-30

31. Nasib baik tak terpotong dengan mesin. Si Kame.

travel-percuma-di-jepun-33

32. Setiap bulan keluarga Yamano dan WWOOFer akan ke rumah landlord untuk memotong rumput. Mostly, petak sawah padi Yamano milik Shindo-san.

travel-percuma-di-jepun-31

33. Snacking with landlord, Shindo-san.

travel-percuma-di-jepun-32

34. Tea break, disajikan biskut atau jajan dan minuman.

travel-percuma-di-jepun-22

35. Disapa ohaiya / konnichiwa setiap kali ada orang yang lalu.

travel-percuma-di-jepun-38

36. Organic tomatoes

travel-percuma-di-jepun-39

37.Let me take a photo of you“,Katsura-san. With Joanna Cheng at Kizarasu.

travel-percuma-di-jepun-40

38. 38 Celcius. Summer disana panas dan kering. Pheww, survived!

travel-percuma-di-jepun-41

39. Mrs Shindo, gave us tons of snacks after finish our jobs.

travel-percuma-di-jepun-43

40. Thank you dishes by Shindo family.

travel-percuma-di-jepun-42

41. Visited the coolest workshop in the middle of paddy field. ‘Sumimasen, sashin wo tottemo iidesu ka’ , I asked.

travel-percuma-di-jepun-44

42. Tanbo Cafe, this is the Yamano’s dream. Having an organic cafe, serving good food, and make great coffee. Every Saturday they sell coffee at the organic market near Kisarazu, and today we help them stamping ‘Tanbo Cafe’ signs for the cups. – 24 July 2015.

travel-percuma-di-jepun-45

43. Menyediakan kopi ke pasar organik di Kisarazu pada setiap Sabtu.

travel-percuma-di-jepun-46

44. Exterior of Tanbo Cafe. Hasil kerja rakan-rakan Yamano & WWOOFer.

travel-percuma-di-jepun-37

45. “Please say something and write on this plank. One day if you come again, you gonna find this somewhere in Tanbo Cafe, we’re going use them as furnitures or shelves” – Teru-san.

travel-percuma-di-jepun-47

46. Welcome and goodbye song. Setiap WWOOFer yang datang dan pergi akan didendangkan lagu ini bersama petikan ukelele Teru-san dan Katsumori-san.

travel-percuma-di-jepun-21

47. Postcards from previous WWOOFers.

travel-percuma-di-jepun-48

48. Wall of memories.

travel-percuma-di-jepun-49

49. WWOOFer pertama yang mereka terima ialah seorang photographer dari Singapore. “Our first WWOOFer brought a lot bags with him, he brought many cameras and gadgets. It was in 2012′”- Teru-san .

Photo by Singaporean photographer, their 1st WWOOFer. — with やまの てるひろ in Kisarazu, Chiba.

travel-percuma-di-jepun-50

50. Hari terakhir. Meninggalkan host saya untuk Gunung Fuji. — with やまの てるひろ in Kisarazu, Chiba

travel-percuma-di-jepun-51

51. Katsura-san menghantar kami ke stesen berdekatan.

travel-percuma-di-jepun-52

52. Hey, Fuji-san –  in Minamitsuru-gun, Yamanashi, Japan.

travel-percuma-di-jepun-53

53. Hanya mampu melahirkan rasa syukur. Subhanallah. – in Minamitsuru-gun, Yamanashi, Japan.

travel-percuma-di-jepun-54

54. Alhamdulillah, sampai di puncak Gunung Fuji, 3776.24 M. — in Fujinomiya, Shizuoka.

travel-percuma-di-jepun-55

Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat membantu mereka yang ingin travel ke Jepun dengan cara yang lebih jimat dan murah. Cuma pesan saya, hormatilah adat dan budaya mereka.

Warga Jepun sangat pembersih, menepati masa dan sangat menghormati tetamu. Cubalah ikuti cara mereka ini dan bawa pulang nilai yang sama dan adaptasikan ke dalam hidup selepas kembali ke Malaysia. Good luck guys.

Baca lagi: ‘Volunteering Works’ Bawa Lelaki Ini Travel Ke Berbagai Negara