Mengambil harta syarikat bukanlah sesuatu yang baik. Malah, seorang pekerja bakal dikenakan tindakan tatatertib. Dalam pada itu, bagaimana pula jika ‘kerja’ pengurus tersebut tidak dipantau sesiapa sehinggakan berjaya menyeledup lebih 5,700 iPhone dengan nilai $1.56 juta.

Itulah yang dilakukan oleh seorang pengurus yang bekerja di sebuah syarikat elektronik terbesar di dunia iaitu Foxconn. Untuk pengetahuan anda, Foxconn merupakan syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan iPhone, iPad, PS3, PS4 dan Xbox One.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mungkin dengan mengangap bekerja di syarikat besar ini bakal memudahkan kerja undercover beliau, akhirnya beliau berjaya ditangkap.

foxconn-apple-factory

mw-eu386_foxcon_20160821210016_zh

Individu yang lebih dikenali dengan nama Tsai ini merupakan seorang pengurus di bahagian testing department. Kerjaya yang memerlukan pengujian model iPhone melibatkan iPhone 5 dan iPhone 5S membolehkan beliau ‘mendapatkan’ telefon-telefon ini dengan mudah. Turut membantu beliau adalah 8 orang pekerja dibawahnya yang bertugas sebagai penyeledup.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Sistem Foxconn mengesahkan bilangan iPhone di dalam syarikat tersebut berkurang dahn disahkan Tsai bersalah. Kini pengurus ini telah didakwa dan bakal dikenakan hukuman 10 tahun penjara.
Sumber