Memang sudah menjadi trend dunia teknologi hari ini syarikat gergasi berlumba-lumba untuk membeli start-up baru untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka serta melenyapkan sebarang persaingan dalam model bisnes mereka. Dua syarikat yang sangat menonjol dalam perkara ini adalah Facebook dan juga Google.

Terbaru, Google dilaporkan telah membeli sebuah start-up bernama Timeful, merupakan aplikasi berasaskan kalendar dan pengurusan masa pada hari Isnin yang lalu. Walaupun aplikasi ini hanya terbuka buat pengguna iPhone sahaja buat masa ini, tetapi ia telah berjaya mendapat suntikan dana sebanyak USD $7Juta sebelum dibeli oleh Google.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang menariknya di sini ialah aplikasi Timeful merupakan start-up kedua yang diusahakan oleh Yoav Shoham yang berjaya dijual kepada Google. Yoav merupakan seorang pensyarah di Universiti Stanford dan beliau adalah co-founder kepada Timeful.

Yoav Shoham

Start-up pertama beliau yang dibeli oleh Google pada tahun 2011 adalah Katango, sebuah aplikasi pengurusan rakan di media sosial yang berjaya memperoleh dana sebanyak USD $5 Juta sebelum Google menggunakannya untuk membangunkan Google+.

Yoav Shoham merupakan seorang pakar dalam ‘artificial intelligence’ dan bertugas sebagai pensyarah sains komputer di Universiti Stanford, tempat di mana Google dilahirkan. Beliau juga mengaku pernah terlibat dalam membantu Google membangunkan pelbagai teknologi sebagai pekerja separuh masa.

Sumber: Business Insider

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram