Aidilfitri tahun lepas kita dihadiahkan khabar raya gembira dari beliau, tahun ini dihadiahkan lagi khabar gembira buat tahun baru. Abdul Baki Abu Bakar penulis khat profesional tanah air sekali lagi menempah nama dalam Pertandingan Khat Antarabangsa “4th Competition of the Future Traditional Art Design Competition” di Istanbul, Turki dengan mendapat tempat ke-3 dalam kategori tulisan Thuluth A’di.

Karya Abdul Baki Abu Bakar yang memenangi tempat ke 3 dalam kategori Thuluth A’di.

Antaranya ialah Iluminasi, Miniature, Marbling dan seni tradsional yang lain. Sebanyak 191 karya diterima dari seluruh pelusuk dunia bagi keseluruhan kategori. 33 karya dipilih untuk memenangi pertandingan. Jumlah hadiah yang disediakan buat semua pemenang ialah 121 ribu Turki Lira.

Abdul Baki Abu Bakar bersama karya pemenang tahun lepas.

Selain daripada itu, komen para juri amat menggembirakan. Antaranya, “Ramai yang menggemari seni kontemporari pada zaman kini dan mereka tenggelam dengannya, tetapi kami masih gembira dengan hasil penyertaan yang menampilkan golongan2 muda dengan hasil yang sangat memuaskan. Ini menandakan seni tradisional ini tidak hilang dimakan zaman.”

Dan, “Setiap tahun kami terpaksa menjuri dengan penuh cabaran, kerana setiap tahun hasil penyertaan semakin tinggi peningkatan kualiti penghasilan karya. Selain dari cabaran ianya suatu perkara gembira buat saya.”

Dari kiri: Teguh Prastio tempat ke 3 dan Isep Misbah tempat ke 2 dalam kategori tulisan Thuluth Jali.

Abdul Baki tidak keseorangan dari Asia Tenggara dalam penyertaan kali ini. Bersama beliau dua penulis dari Indonesia juga mendapat tempat di kategori penulisan khat Thuluth Jali, Isep Misbah tempat ke-2 dan Teguh Prastio tempat ke-3. Ini meletakkan cabaran baru buat peserta dari asia tengah yang sering memenangi pertandingan antarabangsa.

Tahniah buat delegasi Asia Tenggara. Semoga kejayaan demi kejayaan ditempa oleh beliau memberi semangat kepada penulis dan pengkarya seni khat tempatan supaya menghasilkan karya yang maksimum kualitinya. Juga mengangkat martabat tulisan Jawi dalam medium seni khat.

Sumber