Dunia berubah semakin maju dari hari ke hari. Jika dahulu untuk memasak perlu bersusah-payah hidupkan kayu api, sekarang tidak lagi. Hanya tinggal pulas sahaja tombol pada dapur gas, mudahkan?
Orang kreatif selalu bijak dalam mengatasi masalah manusia, ada sahaja idea-idea baru yang menarik ditonjolkan setiap hari. Di sini kami paparkan 15 peralatan kreatif yang akan lebih membantu memudahkan kehidupan harian anda.
Semudah ABC.
1.Bangku Meja
Rekaan meja dan bangku di taman ini sangat kreatif, 2 dalam 1. Idea menarik untuk diguna pakai di Malaysia. Dengan adanya rekaan sebegini, memang memudahkan. Cuma tinggal tukar posisi sahaja untuk dapatkan 2 fungsi ini.
Ruang pun jimat dan nampak lebih tersusun.
2. Sukatan Spageti
Yang suka memasak mesti jatuh hati dengan alat ini. Menarik betul, rekaan yang ringkas tapi sangat berguna. Tak perlu risau terlebih masak lagi, cuma perlu sukat mengikut ‘perut’ atau jumlah hidangan sahaja. Terbaik!
3. Penghawa Dingin
Penghawa dingin untuk katil. Dengan adanya alat ini anda tidak perlu risau lagi tentang suhu. Mahu rasa hangat atau sejuk, memang tiada masalah. Tidur pun jadi lebih nyenyak.
Baca: Tak Tidur Lena, Anda Mungkin Lakukan 5 Kesilapan Ini
4. Selipar Untuk Bermain Dengan Si Kecil
Ringkas tapi kreatif! Selipar untuk ajar anak berjalan ‘Takteh‘. Dengan konsep ini pasti lebih seronok dan yang paling penting sudah tentu kaki anak anda melekat kuat bersama anda. Cara praktikal untuk ajar anak cara mula berjalan.
5. Klip untuk Gril
Aktiviti memanggang anda akan jadi lebih sedap tanpa perlu risau soal makanan terjatuh ke bawah jaring alat pembakar. Sangat sesuai untuk memanggang makanan bersaiz kecil.
6. Beg Pakaian
Rekaan beg pakaian yang cukup hebat, 2 dalam 1. Beg lengkap dengan roda ini mudah dibawa ke mana-mana, juga terdapat beberapa bahagian yang berfungsi seperti laci dan alat penyakut baju.
Memang awesome, ia bagaikan alamari baju versi mini mudah alih! Traveler pasti suka.
7. Lampu Poket.
Revolusi lampu suluh yang lebih pintar. Saiz sekecil kad kredit dan mudah di bawa. Kami rasa semua orang perlu ada satu ni.
8. Mesin Sarapan 3 Dalam Satu
Selalu tidak cukup masa untuk sediakan sarapan? Jangan risau, dengan adanya alat ini anda boleh sediakan sarapan dalam masa serentak. Set sarapan bersama roti, telur dan secawan kopi kini boleh disediakan dengan lebih mudah dan cepat.
9. Suiz Megnatik
Suis magnetik boleh digunakan sebagai tempat penyakut kunci atau apa sahaja barangan besi. Jadi sangat memudahkan, memang menarik betul.
10. Mug Kacau Sendiri
Mug atau kole ini tolong kacaukan minuman untuk anda, selamat tinggal sudu. Boleh jimatkan tenang ketika mahu minum kopi, tak perlu lenguhkan tangan untuk kacau lagi. Mug berteknologi.
11. Projektor Laser Papan Kekunci
Anda mungkin biasa lihat papan kekunci mudah alih dilengkapi dengan teknologi wi-fi, tetapi rekaan papan kekunci ini lebih canggih. Ia menggunakan konsep yang sama seperti projektor dengan pancaran laser.
Jadi papan kekunci ini lebih mudah dibawa, saiznya juga sangat kecil. Kerja jadi lebih mudah.
12. Khemah Solar
Kaki camping pasti teruja dengan khemah ini. Khemah ini akan menyimpan tenanga solar yang dikumpul pada siang hari untuk anda guna pada waktu malamnya.
Tak perlu bawa generator, ia gunakan tenanga alam semulajadi dan sangat mesra alam.
13. Mesin Basuh
Alangkah bagusnya jika mempunyai mesin basuh bersama setiap kali travel, lebih-lebih lagi ketika travel pada jangka masa yang lama. Dengan beg mesin basuh ini ia mungkin bantu menyelesaikan masalah anda.
Superb!, tiada lagi masalah nak basuh baju. Mudah digunakan dan mudah di bawa. Cuma tinggal sediakan air dan sabun sahaja.
14. Pemegang Cawan
Kopi mungkin kawan baik anda ketika sedang berkerja, dan alat ini pastinya akan membantu anda. Kadang-kadang meja kerja dipenuhi dengan pelbagai alatan sehingga tiada ruang untuk letakan cawan kopi. Dengan alat ini anda tidak perlu susah hati lagi.
15. TV Rahsia
Sangat strategik! Kami suka benar dengan rekaan TV ini. Tiada siapa yang tahu bingkai gambar hiasan itu sebenarnya adalah televisyen. Mempunyai sebuah televisyen di bilik tidur memang seronok, bolehlah tonton filem kegemaran anda sebelum tidur. Wow!