Pada ahad 17 April baru -baru ini telah berlangsung acara Meet Up With Zahariz Khuzaimah dalam siri ke 4 Road Less Travel (RLT) yang dianjurkan oleh team Nomad Guru di Puchong, Selangor.

Event yang diadakan sebulan sekali ini membolehkan traveller sama ada newbie mahupun yang telah lama mengembara bertemu dan bertanya secara terus dengan traveller yang dijemput untuk berkongsi.

Berikut saya kongsikan 21 perkara menarik yang dikongsikan oleh Zahariz Khuzaimah, traveller yang terkenal dengan siri Dengan Basikal Aku Menjelajah di siri RLT4 tersebut.

zahariz-nomad-guru-1

zahariz-nomad-guru-2

zahariz-nomad-guru-3

zahariz-nomad-guru-6

Zahariz turut berkongsi video pertama yang beliau hasilkan sewaktu membentang proposal untuk TV Al-Hijrah. Video gegar-gegar tapi berjaya impress pengurusan stesen TV ini.

1. Video dokumentari Zahariz yang disiarkan di TV Al Hijrah hanya memaparkan 5% sahaja daripada seluruh perjalanan beliau. Sebahagian lagi dikongsikan di blog beliau zahariz.com dan juga di event seperti ini.

2. Zahariz bermula daripada kosong dari segi pengalaman travel dengan basikal. Pada awalnya tukar tayar basikal pun beliau tak tahu. Ini berlaku sewaktu trip berbasikal pertama beliau pada tahun 2010 di Chendu, China.

3. Sewaktu trip pertama beliau itu, Zahariz mengambil masa selama 4 jam sewaktu membeli basikal kerana beliau perlu belajar membaiki basikal dengan tuan kedai.

4. Zahariz juga tidak tahu cara mengikat beg yang betul di basikal beliau sewaktu di awal pengembaraan.

5. Beliau stuck 8 hari di Chengdu kerana rasa takut yang mula menguasai diri. Namun begitu akhirnya Zahariz tekad untuk terus memulakan pengembaraan kerana tiada apa lagi yang beliau ada jika balik ke Malaysia. Kereta telah dijual dan kerja juga sudah tiada.

6. Zahariz tidak mendapat sokongan moral daripada keluarga dan rakan-rakan beliau selepas mengambil keputusan untuk berhenti kerja, tinggalkan keselesaan hidup dan keluar mengembara. Hanya seorang saja rakan beliau pada ketika itu yang memberikan galakan dan dorongan.

zahariz-nomad-guru-15
Basikal pertama Zahariz. Dibeli di Chengdu, China sewaktu trip pertama beliau.
zahariz-nomad-guru-16
Alvaro, travel partner pertama Zahariz

7. Travel partner pertama Zahariz sewaktu travel berbasikal adalah seorang traveller dari Spanyol. Traveller bernama Alvaro itu telah 11 tahun mengembara dengan basikal. Daripada lelaki inilah Zahariz banyak belajar bagaimana untuk survive di jalanan.

8. Travel partner ke 2 Zahariz adalah seorang wanita dari China bernama Faye. Gadis ini keluar mengembara dengan hanya membawa wang tunai 200 Yuen.

9. Setelah berpisah, Faye masih menghubungi beliau untuk berkongsi update dan status pengembaraan masing-masing. Terkini Faye mengajar bahasa Mandarin di sebuah universiti di Afrika Selatan. Yang lebih menarik, gadis ini juga telah bertemu jodoh beliau di Afrika Selatan dan kini memiliki 2 orang anak.

10. Travel partner ke 3 yang telah dikongsikan oleh Zahariz bernama Nancy. Seorang gadis yang sangat feminin, lembut dan seorang gadis bandar (urban girl). Nancy yang berasal dari Guangzhou bermula dengan tidak tahu apa-apa tentang basikal.

11. Apa yang menarik tentang Nancy adalah, gadis ini seorang yang tidak pernah merungut meskipun sewaktu berada dalam situasi mencabar.

12. Selepas mengembara bersama beberapa ketika, Nancy yang sedang bercuti daripada kerja menghubungi majikan beliau dan memaklumkan mahu sambung bercuti. 2 minggu kemudian, Nancy sekali lagi mengubungi majikan beliau dan kali ini memaklumkan mahu berhenti kerja terus. Dah seronok dan enjoy travel katanya.

13. Zahariz dan Nancy mengembara dan berbasikal bersama selama 2 bulan.

Baca: Fotografi Bawa Remaja 17 Tahun Ini Travel Dan Ke Pusingan Akhir Pertandingan Antarabangsa

zahariz-nomad-guru-17
Faye, travel partner ke 2 Zahariz. Siapa sangka jodoh beliau di Afrika Selatan. Gigih gadis ni kayuh basikal cari jodoh kan? Eh?
zahariz-nomad-guru-18
Travel partner ke 3 Zahariz, Nancy the urban girl
zahariz-nomad-guru-19
Aksi macam ni anda tak kan dapat lihat di dalam video beliau mahupun di website Zahariz.

14. Niat asal Zahariz merakam pengembaran beliau dalam bentuk video adalah untuk berkongsi journey yang telah beliau lalui memandangkan beliau sudah pun mempunyai pengetahuan tentang video editing dan color correction.

15. Video pertama yang di pertontonkan sebagai proposal kepada TV Al-Hijrah adalah rakaman yang bergegar. Pada asalnya beliau hanya diberikan masa selama 5 minit saja untuk membentangkan proposal beliau.

16. Namun rezeki menyebelahi beliau kerana pihak pengurusan Al-Hijrah berminat dengan rakaman tersebut. Dari situlah bermulanya projek Dengan Basikal Aku Menjelajah.

17. Menurut Zahariz cara termurah menjelajah Iceland adalah dengan berbasikal. Perbelanjaan beliau hanyalah untuk makanan sepanjang berada di negara dengan kos sara hidup dan perbelanjaan yang tinggi itu.

18. Sewaktu 3 bulan mengembara dengan basikal di lingkaran artik, Zahariz berpeluang melihat Aurara Borealis hampir setiap malam.

19. Sewaktu di Lingkaran Artik, barulah beliau belajar tentang jenis-jenis baju, khemas yang sesuai dan bagaimana untuk ‘survive‘ sewaktu travel di sana.

20. Bila travel ke tempat baru, menurut Zahariz cara termudah untuk survive adalah dengan memerhati cara hidup masyarakat setempat, lihat apa yang dipakai, apakah makanan mereka, bagaimana mereka hadapi cuaca sejuk melampau dan sebagainya.

21. Video  editing and color corrections biasanya dilakukan oleh Zahariz pada waktu malam sewaktu memori beliau tentang satu-satu lokasi masih lagi segar di ingatan. Menulis jurnal dan perkongsian di blog pula dilakukan di awal pagi.

Even until now I don’t even think that I’m a cyclist – Zahariz.

zahariz-nomad-guru-20
Makanan dia sedap-sedap.
zahariz-nomad-guru-21
Boleh layan diri dan ambil untuk makan di sepanjang sesi ini berlangsung. Dah nak balik pun jika lapar lagi boleh sambung makan.
zahariz-nomad-guru-11
When hard core traveller meet up together
zahariz-nomad-guru-13
Boleh terus sembang sambil makan. Boleh tanya face to face.
zahariz-nomad-guru-9
Macam biasa kat mana-mana event, sesi sengih dan senyum berama-ramai.
zahariz-nomad-guru-23
T-shirt lejen pun ada

Banyak lagi perkara menarik di belakang tabir yang telah dikongsikan oleh Zahariz. Namun apa yang dapat saya simpulkan daripada perkongsian Zahariz, jika tekad telah bulat teruskan saja dengan niat anda.

Even in normal life we always have ups and down. So there’s no different whether we are on the road or at home living when it comes to dealing with it – Zahariz.

Projek Zahariz yang akan datang bersama Nomad Guru adalah Nepal’s Adventure and Filming. Buat masa ini rakaman pengembaraan beliau yang lepas masih lagi ditayangkan di TV Al-Hijrah pada setiap sabtu malam.

Secara keseluruhan, event ini wajar dihadiri oleh traveller sama ada yang baru sahaja mahu berjinak atau pun yang sudah lama mengembara.

Di event begini juga anda berpeluang untuk bertemu secara terus dan bertanya apa saja soalan dengan traveller yang dijemput untuk berkongsi.

Selain daripada itu, anda turut berpeluang untuk bertemu dengan traveller lain yang hadir pada ketika itu dan seterusnya menambah senarai kenalan anda.

Sharing session seterusnya yang akan diadakan oleh Nomad Guru dalam siri ke 5 Road Less Travel (RLT) adalah pada 15 Mei 2016, meet up bersama saudara Abdul Qadir yang telah mengembara selama 83 hari di India.

Bagi yang bercadang nak travel ke India, inilah masanya untuk anda korek tips and tricks to survive di negara yang kaya dengan berbagai panorama dan lanskap alam semulajadi ini.

Untuk update terkini serta lokasi, sila rujuk di Facebook Page Nomad Guru. Oh ya, nak beli tshirt macam kat atas tu pun, boleh hubungi Nomad Guru juga.

Baca lagi: Terpisah 20 Tahun, Gadis Ini Travel Solo Ke Korea Demi Menjejaki Ayah Kandungnya