Apabila anda berhadapan dengan masalah putus cinta atau perpisaha, perasaan takut dan kekeliruan akan berlaku ke atas diri anda.

Apabila kita sedang kecewa, kita akan lebih cenderung untuk membuat keputusan yang tidak tepat dan tidak rasional seperti keluar dengan orang yang tidak dikenali, menyalahkan diri sendiri, melukakan diri sendiri dan lebih bahaya lagi adalah mengambil keputusan untuk membalas dendam keatas bekas kekasih anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kerana anda boleh mempelajari daripada kesilapan-kesilapan yang telah anda lalui agar hubungan seterusnya akan menjadi lebih baik dan lebih bermakna.

Walaupun setiap perpisahan itu amat perit untuk dihadapi oleh setiap individu, keperitan berpisah itu boleh dikurangkan bergantung kepada bagaimana cara anda mengendalikan masalah tersebut. Ini termasuklah perkara yang tidak patut dilakukan selepas berpisah.

Selepas melakukan beberapa rujukan, maka disini saya telah menjumpai beberapa kesalahan yang boleh menyebabkan anda tidak boleh move on.

Kesilapan 1: Cuba untuk terus berhubung dengan bekas kekasih anda.

Ada di antara anda yang akan memilih untuk bercakap dengan bekas kekasih seperti biasa. Mark Sharp, Ph.D., seorang ahli psikologi klinikal di Institut Perhubungan Aiki, memberi amaran kepada setiap individu bahawa:

Walaupun terdapat potensi untuk kearah persahabatan selepas perpisahan, kebanyakan daripada mereka memerlukan tempoh masa untuk diri mereka sendiri sebelum mereka memulakan semula atas dasar persahabatan.

Walaupun seringkali dihimpit perasaan untuk menghantar mesej bertanyakan khabar kepada bekas kekasih anda tetapi jangan sesekali melakukannya kerana ia akan membuatkan keadaan menjadi lebih sukar kepada anda untuk melupakannya.

“Perasaan ingin untuk terus berhubung akan membawa kepada kekeliruan dan konflik yang amat kritikal ke dalam diri anda” kata Dr. Sharp.

Jika perkara ini berlaku, ini bermakna anda telah melambatkan proses untuk melupakan bekas kekasih anda. Sebelum berfikir untuk terus berkawan dengan bekas kekasih anda, anda haruslah menangani kesedihan anda sendiri terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan berkawan dengan bekas kekasih anda.

Kesilapan 2: cuba untuk mendapatkan semula bekas kekasih anda.

Kadang-kadang anda inginkan lebih daripada hubungan sebagai kawan dengan bekas kekasih anda dan mula berfikir untuk mendapatkan semula bekas kekasih anda. Menurut Dr. Lieberman:

Kebanyakan gadis-gadis akan melakukan kesilapan seperti mengejar lelaki yang memutuskan hubungan dengannya dengan berjanji mereka akan berubah untuk menjadi gadis impian yang diinginkan oleh bekas kekasihnya dan secara terang-terangan merayu dan menangis dihadapan bekas kekasihnya.

Tingkah laku terdesak seperti ini biasanya akan memakan diri dan akan menyakinkan lagi bekas kekasihnya bahawa keputusan memutuskan hubungan itu adalah tepat.

Jika anda memutuskan untuk memenangi semula hati bekas kekasih anda, satu-satunya cara adalah:

Menunjukkan kepadanya bahawa anda telah berubah kepada lebih baik dan mampu untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dari sebelumnya.

Kata Dr. Lieberman: “Gunakan perpisahan ini sebagai panggilan untuk anda berubah daripada melakukan perkara yang tidak disukai dan menjauhkannya dari hidup anda”.

Jika bekas kekasih anda mahukan anda semula, itu adalah perkara yang baik. Jika tidak, itu bermakna hidup anda lebih baik tanpa dirinya.

Kesilapan 3: Terlalu lama tenggelam dalam mengasihani diri anda sendiri.

Dr. Lieberman mencadangkan bahawa jika anda masih terperangkap dalam masalah ini, jika anda masih di peringkat menangis selepas sebulan atau lebih, anda perlu mengambil rawatan terapi untuk membantu anda untuk memulihkan semula hati anda daripada terus berada didalam keadaan patah hati.

Apabila diimbas semula, anda akan merasakan seperti anda telah membuang masa dan berasa bersalah terhadap dirinya, apabila hubungannya dengan bekas kekasihnya tidak menjadi seperti yang diimpikan.

Jika anda mendapati diri anda didalam situasi ini, haruslah diingatkan bahawa:

Semakin banyak kesakitan yang anda alami, terdapat jumlah positif yang sama terhadap diri anda.

Ia adalah kata-kata Olver, konsultant dalam perhubungan dan penulis buku Secrets of Happy Couples: Loving Yourself, Your Partner, and Your Life.

Jadikanlah pengajaran atau peluang kesukaran ini sebagai tahap ketahanan mental anda.

Kesilapan 4: Melakukan sesuatu perkara secara berlebihan dan tidak terkawal.

Dr. Sharp memberi amaran terhadap “apa jua yang dilakukan secara berlebihan untuk menghilangkan kesakitan yang akan membuatkan anda akan menyesal di kemudian hari”.

Contohnya seperti minum atau makan terlalu banyak, membeli-belah bukan barang keperluan secara keterlaluan, dan lain-lain.

Sebaliknya, biarkan diri anda sembuh secara normal sedikit demi sedikit dan kemudiannya membina semula gaya hidup sihat anda seperti sebelumnya. Jangan biarkan karier atau kehidupan sosial anda menderita disebabkan cinta!

Kesilapan 5: Cuba untuk “Rebound Relationship” dengan orang baru.

Dr. Sharp telah melihat ramai gadis-gadis “terlalu cepat untuk membina hubungan yang baru, atau tergesa-gesa membuat temujanji dengan mana-mana lelaki dengan beranggapan bahawa dengan cara ini mereka tidak lagi akan berasa sunyi dan rasa lebih selesa”.

Ia akan menyebabkan anda akan menjadi semakin rindukan bekas kekasih anda secara semulajadi terhadap kasih sayang yang telah pernah diberikan kepada anda. Dengan menggantikan tempatnya secara serta-merta adalah keputusan yang amat tidak tepat.

Anda akan merasakan kekasih baru anda adalah tidak sesuai untuk anda dan kekecewaan akan berlaku pula keatas orang lain. Fikirkanlah tentang perasaan kekasih baru anda, adakah anda juga turut inginkan kekasih baru anda mempunyai perasaan pada orang lain?

Kesilapan 6: Berputus asa untuk perhubungan yang baru.

Biasanya anda beranggapan akan kekal selama-lamanya dengan kekasih anda, tetapi jika berlaku perpisahan. Apakah yang perlu dilakukan oleh anda?

Kepercayaan bahawa tiada siapa yang akan menyintai anda lagi, atau anda tidak akan pernah untuk mencintai sesiapa lagi.” Ini adalah sangat tidak benar kerana bukan hanya seorang lelaki atau perempuan sahaja di dunia ini untuk anda malah masih ada berjuta-juta lagi calon pilihan yang terbaik untuk anda.

Jika anda percaya anda akan terus hidup keseorangan, anda akan mula berhenti untuk mengambil berat tentang diri anda.

Sesetengah perempuan melakukan kesilapan dengan merasakan diri mereka telah berputus asa dengan lelaki. Mereka akan menggunakan makanan sebagai penenang untuk diri mereka, tidak memakai alat solek dan lebih cenderung menghabiskan masa didalam rumah kerana tidak mahu melihat dan berjumpa lelaki di dunia luar.

Dr.lieberman berkata berhati-hatilah dengan apa yang anda harapkan. Pada Suatu hari nanti, anda akan tersedar yang anda telah bersedia untuk berubah hati. Ingatlah bahawasanya orang lain akan melihat keindahan keatas diri anda apabila anda lebih menyayangi diri anda sendiri terlebih dahulu.

Kesalahan 7: Memburukkan bekas kekasih anda kepada orang lain mahupun pada diri anda sendiri.

Dengan memburuk-burukkan bekas kekasih anda dengan harapan dapat menyakitkan hatinya seperti mana si dia telah menyakitkan hati anda. Sikap ini boleh dikategorikan sebagai perilaku yang negatif dan ditolak sama sekali tindakan seperti ini.

Ini kerana perbuatan ini membuatkan bekas kekasih anda merasakan mulut anda adalah punca berlakunya perpisahan antara anda dengannya.

Apabila berlaku perpisahan, itu bukanlah bermaksud anda gagal kalah atau kalah tetapi ia adalah peperangan anda dalam menuntut hak anda. Anda membenarkan anda bersedih seketika dan kembali bangkit dan menjadi lebih kuat dan bersedia untuk menghadapi dunia.

Cara yang terbaik adalah sentiasa menyayangi diri anda sendiri sebagai keutamaan dan membenarkan sesuatu hubungan itu masuk dan keluar dari hidup anda.