Dijadualkan mula beroperasi pada Jun ini, perkhidmatan Bas Rapid Transit – Laluan Sunway (BRT) dari RapidKL ini akan mencatat sejarah sebagai perkhidmatan bas elektrik sepenuhnya negara yang pertama di malaysia.

Bus Rapid Transit (BRT) adalah sebuah konsep pengangkutan baru yang mengabungkan ciri-ciri sistem kereta api dengan pengangkutan bas sedia ada. Dengan gabungan ini, terhasillah satu sistem pengangkutan bas dengan penggunaan laluan khusus khas untuk bas tertentu sahaja. Dengan hanya mengaplikasikan konsep ini, secara tidak langsung dapat mengurangkan kos pembelanjaan jutaan ringgit berbanding membina sistem kereta api yang baru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kelajuan maksimum setiap bas ialah 80km/jam, bas-bas ini turut dilengkapi sepenuhnya dengan fasiliti golongan OKU untuk keselesaan mereka, setiap bas mampu menampung sebanyak 67 penumpang pada satu masa. Perkhidmatan ini jika beroperasi sepenuhnya mampu menampung sebanyak 2,400 penumpang pada setiap jam.

Apa pendapat anda, adakah usaha ini akan memberi kesan kepada anda atau tidak? kongsikan pendapat anda di ruang komen.

brtsunway_station

edit_img_2529

teaser_brt_1

teaser_brt_3