Industri perniagaan atas talian semakin rancak akhir-akhir ini. Mungkin disebabkan pelanggan yang ramai serta dapat bermula dengan kos yang rendah, ramai suri rumah mahupun para pelajar mula menjalankan perniagaan. Antara barang-barangan yang laris dan kerap dijual seperti tudung, jubah, barangan kosmetik, vape serta iPhone dengan harga tidak masuk akal menjadi trend pada kini.

Pada hari ini, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Perdagangan, Tan Sri Dr Mohd Serigar Abdullah mengesahkan pihak mereka sudah meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk melakukan kajian terperinci ke atas isu ini. Pihak kementerian juga akan mendapatkan bantuan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk mendapatkan senarai peniaga atas talian di Malaysia.

IMG_3565 penghantaran1

Selain peniaga atas talian, pemandu perkhidmatan perkongsian pemanduan seperti Uber turut akan menjadi sasaran LHDN kerana dikatakan mengaut pendapatan bulanan mencecah RM 7000 sebulan.

Sesuai dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan hutang negara, pihak kerajaan berharap para peniaga atas talian bakal mendaftar perniagaan mereka yang dipercayai menjana ribuan ringgit dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi membolehkan pihak kerajaan memantau keuntungan yang diterima bagi setiap syarikat. Selain itu, pihak kerjaan berhasrat untuk mengambil tindakan buat mereka yang tidak mematuhi undang-undang yang disebutkan.

Langkah pihak kerajaan untuk mengutip cukai daripada peniaga atas talian seperti sudah dijangka memandangkan pihak kerajaan kerap menerima laporan tentang penjualan peniaga atas talian yang kerap mencapai jutaan ringgit tidak kurang dalam masa setahun. Dalam pada itu, Perdana Menteri Dato’ Seri Haji Najib Razak juga pernah mengatakan bahawa mereka yang mengelak cukai ialah pengkhianat negara.

Sumber