Hari ni bersama Dato’ Dr. Hussamuddin Yaacub – Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf dengan jualan tahunan RM500 juta.

Kata beliau:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Orang yang berduit biasanya adalah orang berjaya dan orang yang bekerja lebih dari orang lain.

2. Saya bina Karangkraf ni ‘step by step’.

3. Daripada kecil saya dilatih menjadi pembeli yang bijak.

Penulis, Tuan Abd Hakim Awang bersama Dato' Dr Husam.
Penulis, Tuan Abd Hakim bersama Dato’ Dr Hussamuddin.

4. Saya dilatih oleh emak saya dari kecil untuk melaksanakan idea, ya bukan sekadar idea, tapi laksanakannya.

5. Saya dilatih untuk melaksanakan idea dengan cepat.

6. Bila berjanji mesti ditepati.

7. Kita kena kongsi pengalaman bisnes kita, InsyaAllah rezeki akan lebih murah.

8. Nyawa perniagaan adalah ‘cash flow’.

9. Setiap usahawan mesti ada ‘tabung’ untuk kegunaan waktu merudum.

10. Orang Cina yang berjaya biasanya bukan yang terus berniaga tapi adalah mereka ‘berkuli’ dahulu.

11. Daripada kecil saya dilatih membaca dengan banyak.

12. Networking sangat penting.

13. Kekayaan yang datang dengan cepat selalunya susah untuk bertahan lama.

14. Khidmat pelanggan sangat penting. Kita jual benda sama kepada pelanggan yang sama, Khidmat pelanggan akan membuatkan kita menang.

15. Di setiap masalah, pasti ada peluang.. Pasti!

16. Membaca membuatkan saya lebih kreatif.

17. Saya berjaya kerana saya tahu apa yang saya jual.

18. Untuk berjaya, bukan sekadar menjadi pengikut, tapi kita perlu jadi ‘game changer’.

19. Jika nak syarikat kita mampu bertahan beratus tahun, kita kena berpegang pada nilai dan visi syarikat kita.

20. Kalau saya (tokey) sendiri nak buat semua, akan jem! Jadi saya turunkan kuasa.

21. Saya latih hulubalang jadi panglima.

22. Rumah yang dibuat cepat, akan runtuh cepat – build overnight, crash overnight.

23. Kita boleh buat banyak bisnes dengan satu syarikat.

24. Semangat tanpa ilmu tak akan jadi.

25. Ketika syarikat kita kecil bolehla bagi pengurusan kepada anak beranak, tapi bila syarikat dah besar, kita kena benarkan orang luar yang profesional uruskan syarikat kita untuk lebih berjaya dan berkembang.

26. Pengurusan hati sangat penting

27. Pada tahun 80-an, kilang saya terbakar. Dan itu sebenarnya menjadi titik tolak kepada bisnes saya berkembang sehingga sekarang. Di sebalik kesusahan pasti ada kemudahan. Bila datang musibah, redha dan bangkit balik. Allah takkan sesekali melakukan sesuatu itu dengan sia-sia. Sabar, usaha dan tunggu habuan itu menjelma

28. Masih perlukan ‘wisdom’ orang tua / orang lama / senior untuk berjaya dalam bisness walaupun zaman berganti zaman.