Bintang YouTube terkenal PewDiePie akan memadam akaun Youtube miliknya jika bilangan subscribers channelnya cukup 50 juta. Berita ini diberitahu sendiri oleh PewDiePie dalam satu video yang beliau muat naik sendiri pada 2 Disember lalu.

PewDiePie atau Felix Kjellberg memang terkenal dengan perwatakan lucu dan beliau merupakan individu dengan jumlah pengikut paling ramai di Youtbe. Peminat tidak pasti sama ada beliau main-main atau beliau ingin menyampaikan satu mesej kepada YouTube berkenaan perubahan yang berlalu pada pada platform itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

My channel is dying. Ada beberapa video yang saya hasilkan tidak mendapat views seperti dahulu. Ianya mungkin menjadi sesuatu yang lucu jika saya memadam channel ini dan bermula kembali dengan sebuah channel yang baru. Saya tidak akan meninggalkan YouTube,cuma akan padam channel PewDiePie ini,”kata Felix.

Baca : Jejaka Di Sebalik Nama ‘PewDiePie’ Yang Mempunyai Pengikut Lebih 44 Juta Di Youtube

Beliau mempertikaikan YouTube kini tidak seperti YouTube yang dahulu. Beliau berhadapan dengan kehilangan views dan subscribers dan ini berlaku kepada ramai bintang YouTube yang lain. YouTube menafikan sebarang perubahan berlaku pada platformnya tetapi realitinya, ia berlaku.

Ramai berpendapat ini cuma strategi Felix untuk mengembangkan sebuah channel YouTube yang baru diciptanya, Jack septiceye2. Mengikut penjelasan video pertama di channel Jack septiceye2 ini, channel ini akan lebih menumpukan Felix membuat review permainan video dan perkara-perkara lain yang tidak terdapat dalam channel PewDiePie. Bagi peminat tegar Felix, Felix mahu kembali membuat content di awal penubuhan PewDiePie, di mana Felix bermain dan review permainan video dan Felix akan menjayakan content ini di channel Jack septiceye2.

https://www.youtube.com/watch?v=Vj2J5qHBDu8

Felix memang seorang yang cerdik. Beliau menyampaikan pandangannya kepada YouTube secara halus dan pada masa yang sama, mengembangkan sebuah channel yang baru. Buat masa ini, channel PewDiePie berada pada 49 juta subscribers, mari kita tunggu dan lihat sama ada beliau betul-betul serius untuk sekadar troll pengikutnya. Genius.

Sumber