Apa lagi yang berlaku di China, sebelum ini para pelancong China dilabelkan sebagai pelancong paling tidak beretika di dunia. Kali ini polis di China pula dilabel sebagai biadap oleh penduduk di negara mereka sendiri. Kejadian ini berlaku di Xi’an, China.

Disebabkan menerima terlalu banyak keluhan daripada masyarakat mengenai layanan sikap buruk yang diberikan, pasukan polis di Xi’an, China terpakasa menjalani latihan senyum yang khusus. Pada peringkat awal, sebanyak 20 anggota polis dihantar untuk menjalani latihan senyum ini yang bertempat disebuah hotel lima bintang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidakkan ini diambil apabila perkara ini mula diperkatakan secara meluas dan menjadi isu yang hangat dibincangkan di dalam sebuah rancangan televisyen di negara tersebut. Dalam tayangan tersebut, jelas terpapar bagaimana pihak polis menangani masyarakat yang terlibat dalam masalah dengan sikap tidak ramah.

Sebagai solusi kepada masalah ini, ketua polis dari bahagian Chang’an , Xi’an membuat keputusan untuk mengambil tindakan terhadap anggota polis yang disabitkan dengan masalah kurang sopan. Usaha ini dilakukan demi meningkatkan mutu dan kualiti polis, maka perkara ini dimulai dengan latihan senyum dahulu.

Dalam hal ini, pihak polis di Xi’an harus diberi pujian apabila mengambil keluhan masyarakat dengan serius dan terus mencari jalan untuk menyelesaikan msalah ini. Lepas ni tiada lagi kelihatan muka ketat dari polis-polis di Xi’an.

Sumber