Kalau di Itali anda boleh tidur di dalam gua mewah, di Estonia pula anda boleh membaca di dalam buku gergasi! Maksud saya bukan buku, tetapi pondok bacaan yang dibuat khas untuk pencinta buku. Sinonim diumpamakan dengan panggilan ‘ulat buku’, pondok ini direka untuk anda dapatkan feel bagaimana perasaan ulat yang tinggal di dalam buku. Och!

Idea mencipta pondok bacaan berbentuk seperti kotak ini adalah projek oleh Estonian Academy of Arts, pondok ini direka untuk memberikan keselesaan kepada pembaca dengan suasana yang berbeza.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Reka bentuk ini diilhamkan daripada ‘ulat buku’, satu bentuk penterjemahan yang kreatif diadaptasi ke dunia realiti. Pondok bacaan ini memiliki lubang berupa seperti gua yang akan membuatkan anda seolah-olah sedang tinggal di dalam buku besar. Pondok ini bagaikan sebuah buku dan anda pula sebagai watak ulat yang tinggal di dalamnya, memang seronok!

Diperbuat daripada kayu papan lapis (plywood) sebagai bahan utama, pondok ini turut dilengkapi dengan kerusi yang sangat selesa. Ini akan memberikan mood yang lebih nikmat ketika membaca di sini.

Pondok bacaan yang dikenali dengan nama ‘Reader’ ini sebenarnya sudah diperkenalkan sejak tahun 2015 lagi. Oleh kerana memiliki rekabentuk yang unik, pondok ini pernah dinobatkan sebagai karya terbaik dan dipamerkan di pusat Kota Tallin, Estonia.

Sesiapa sahaja boleh membaca di sini dengan harapan ‘Reader’ boleh membuatkan pengunjungnya rasa keluar dari dunia realiti dan masuk ke dalam sebuah buku fiksi. Membaca dengan tenang dan menghabiskan waktu di dalam dunia imaginasinya, damai sungguh!

Idea ini sangatlah menarik jika diperkenalkan di Malaysia, perkara unik selalunya menjadi perhatian disamping dapat memupuk minat membaca kepada masyrakat zaman sekarang.

Baca juga: Gua Kuno Di Matera Kini Merupakan Sebuah Hotel Mewah Di Itali