Pondok telefon merah yang menjadi simbol ikonik di United Kingdom nampaknya akan berakhir seiring dengan peredaran zaman. Kemajuan teknologi hari ini seakan membunuh terus perkhidmatan telefon awam.

wifi-uk

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bermula pada tahun hadapan, kesemua pondok telefon di United Kingdom akan ditukar kepada terminal WiFI. Proses ini akan dilakukan secara beransur-ansur. Menurut laporan, sebanyak 100 pondok telefon akan diganti pada tahun hadapan dan 750 lagi pada tahun yang seterusnya.

Yang menariknya, terminal WiFi ini dilengkapi dengan kelajuan internet yang sangat pantas. Selain daripada itu ia juga turut dilengkapi dengan panduan peta untuk kemudahan pengguna termasuk perkhidmatan telefon percuma.

Kios ini akan dibiayai melalui pendapatan yang diperoleh dari paparan pengiklanan digital, ini merupakan satu idea yang sangat bijak. Jadi selepas ini untuk dapatkan sambungan internet di UK sangatlah mudah.

Tidak mustahil suatu hari nanti, pondok ‘klasik’ merah ini sangat sukar ditemui.

Sumber