Ini adalah antara kereta Porsche 911 paling rare yang dihasilkan dalam tahun 90an. Ianya sangat rare kerana hanya 11 model ini dikeluarkan pada tahun 1995.

Bagi peminat kereta Porsche 911, model 911 GT2 Evo adalah Holy Grail bagi model 911. Model ini direka untuk perlumbaan; disebabkan itu hanya terdapat sebuah kerusi Recaro saja pada kereta ini. Menarik tentang kereta ini adalah ianya dijaga rapi dan cuma dipandu dalam jarak hanya 7,000 KM.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kereta GT2 Evo ini dilengkapi enjin 3.6 liter yang memberinya kuasa 600hp dan hiasan dalaman kereta ini telah ‘dikosongkan’ supaya ianya menjadi lebih ringan.

Kereta ini bakal dijual dalam satu acara lelongan. Model kereta 911 memang dicari pengumpul kereta. Kondisi kereta ini yang dalam keadaan sangat baik dan bilangannya yang sangat terhad meningkatkan value kereta ini. Model 911 GT2 Evo ini dijangka bakal terjual pada harga USD1 juta. Hebat dan kacak sungguh kereta ini.

1995-porsche-911-gt2-evo-02

1995-porsche-911-gt2-evo-03

1995-porsche-911-gt2-evo-04

1995-porsche-911-gt2-evo-05

911 1

911 2

911 3

1995-porsche-911-gt2-evo-06

1995-porsche-911-gt2-evo-07

Sumber