Nota Editor: Lebih dikenali sebagai Black di kalangan rakan-rakan, tuan punya fb dan instagram Pengembara Saku Nipis ini telah ke Mesir dengan satu misi iaitu merakam gambar puncak piramid dengan menggunakan drone. Ikuti kisah beliau di bawah.

Saya ke sana selama 3 hari 2 malam. Tujuan saya adalah untuk misi saya nak rakam/tangkap gambar gunakan Phantom drone saya ke puncak piramid.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tapi misi saya gagal disebabkan drone saya tak dibenarkan masuk ke kawasan piramid atas sebab keselamtan. Sewaktu nak masuk saya ditahan lepas tu disoal siasat sikit di pintu masuk. Pegawai waktu tu tak berani buat keputusan, so saya dibawa ke balai polis. Hampir sejam lebih saya disoal dan dibawa masuk kedalam satu bilik.

Dalam tu ada 4 orang pegawai polis, pelbagai soalan ditanya,tapi saya jawab dengan tenang sambil saya tunjuk lakaran untuk route drone saya tu (angle dari mana saya nak shoot gambar / video). Sebab mereka ingat saya pengintip.

Dengan bantuan dari rakan-rakan dari Universiti Al-Azhar, saya dilepaskan dan drone saya disimpan di balai polis tanpa dibenarkan masuk ke kawasan Piramid.

Sehingga saya habis melawat kawasan tu, baru boleh ambik balik drone tu di balai polis. Mesir sekarang dibawah tentera, so susah sikit. Kamera pun tak boleh nak ambik sebarang gamabr berkaitan tentera dan pihak keselamatan.

Dan waktu nak balik ke Dubai pelbagai helah saya gunakan untuk lepas daripada pemeriksaan keselamatan di Airport sebab saya bawa drone. Dan drone saya boleh dirampas, silap-silap saya di penjara.  Alhamdulillah berkat doa rakan-rakan selamat semuanya selamat.

Sebelum pergi saya dah survey kat forum-forum antarabangsa di drone user group dan Mesir aerial photography group. Mereka kata drone tu boleh digunakan untuk saya bawak kesana.
https://www.youtube.com/watch?v=nCvmCZDLS3o

Walaupun Black gagal dengan misi beliau, masa 3 hari 2 malam itu digunakan sebaiknya untuk melawat beberapa tempat menarik antaranya Makam Imam Syafie, masjid pertama di benua Afrika, proses membuat pati minyak habbatus sauda dan pelbagai lagi.

BACA JUGA: Sekumpulan Anak Muda Ambil Risiko Panjat Puncak Piramid Untuk Mengambil Gambar Yang Sangat Memukau

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram