Oleh kerana banyak aduan daripada pembaca seluruh negara yang mengadu buku-buku saya kehabisan stok di kedai-kedai buku terutama di rangkaian MPH, maka saya dan 2 orang rakan telah ‘turun padang’ ke MPH Nu Sentral untuk menyaksikan sendiri apakah yang berlaku sebenarnya di luar sana.

Sebelum itu, apabila kita membicarakan tentang buku-buku bernuansa sejarah khasnya yang membicarakan seputar sejarah Melayu, ia bukanlah senantiasa atau biasa menjadi ‘budaya pop’ di tangan pembeli.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buku-buku yang laku di pasaran kini adalah novel-novel cinta atau buku-buku pojok yang santai. Kecuali genre novel-novel sejarah Islam contohnya garapan Abdul Latip Talib yang sambutannya amat memberangsangkan.

Okay, mari kita tengok apa yang saya dan rakan-rakan ( Firdaus & Aina) saksikan di MPH Nu Sentral petang semalam.

kajian-sambutan-buku-sejarah-1

Buku saya diletakkan di rak politik. Memang pada mulanya kami mencari-cari buku di rak penerbit indie, namun tiada. Akhirnya ia ditemui di rak ini. Cuba teka tinggal berapa?

Tinggal 1 sahaja! (Baiduri Segala Permaisuri) manakala Emas Para Dapunta & Maharaja langsung tiada.

Menariknya pada rak yang sama terdapat buku Hang Tuah Catatan Okinawa yakni kajian bukti-bukti dari Kerajaan Ryukyu tentang kewujudan Hang Tuah oleh 2 orang pensyarah UPM, Prof. Hashim Musa dan Dr. Rohaidah Kamaruddin. Terdapat 7 buah buku di situ. Saya telah memilikinya sebelum ini.

Kami juga menemui buku Prof. Ahmat Adam, Antara Sejarah & Mitos yang berkisar kritikan kepada kewujudan Hang Tuah dengan gaya orientalis seperti R.J Wikinson dan R.O Winstedt.

Jumlah buku ini di rak juga berjumlah 7 buah. Buku ini diletakkan di rak ‘Bacaan Umum’. Buku ini juga saya telah membelinya sebelum ini.

kajian-sambutan-buku-sejarah-10

kajian-sambutan-buku-sejarah-3

kajian-sambutan-buku-sejarah-4

Tidak berpuashati, Firdaus cuba bertanyakan salah seorang staff di situ. Selepas menyemak, staff MPH memberitahu Baiduri Segala Permaisuri memang berbaki 1 sahaja dan Emas Para Dapunta & Maharaja sudah lama sold-out.

Saya dan Aina pula pergi ke komputer yang disediakan untuk menyemak baki buku. Apa keputusannya? Adakah benar apa yang saya lihat di rak atau apa yang dilaporkan oleh staff MPH?

Baiduri Segala Permaisuri hanya berbaki 1 dan Emas Para Dapunta & Maharaja sudah kehabisan stok. Benarlah apa yang saya lihat di rak dan laporan staff MPH tersebut.

Baiduri Segala Permaisuri yang laku keras di Kinokuniya dan kehabisan stok.

Baca: Pengajaran Dari Kisah Anakin Skywalker (Star Wars) Ini Buat Kami Berhenti Dan Berfikir Sejenak. Kemudian Kami Setuju

kajian-sambutan-buku-sejarah-5

kajian-sambutan-buku-sejarah-6

kajian-sambutan-buku-sejarah-7

kajian-sambutan-buku-sejarah-8

KESIMPULAN

Apa yang dikatakan oleh profesor saya ketika memberikan ‘final project’ ini kepada saya:

“Kalau kamu ingin sejarah dibaca masyarakat, maka jadikan ilmu sejarah kamu turun ke tengah masyarakat.”

…adalah terbukti benar. Dalam persaingan industri buku di open market macam di kedai-kedai buku begini, buku-buku ‘final project’ saya sebagai kajian kes menjadikan bacaan bernuansa sejarah ‘turun ke tengah masyarakat’ adalah berjaya malah lebih dari itu.

Memang ada benda tricky kat situ. Ada sesetengah orang yang turun ke tengah masyarakat, buat seminar, talk sana-sini, namun ilmu sejarahnya tidak pernah turun kepada masyarakat itu. You see?

Rahsianya ialah orang ramai akan membaca sejarah yang memberi nilai kepada diri mereka, atau faedah kepada diri mereka, sama ada memacu motivasi untuk mereka terus ke hadapan atau memberi mereka nasihat untuk menghindar bahaya dan kesilapan.

Tanpa nilai dalam pengkisahan sejarah, masyarakat akan memandangnya sambil berlalu, tanpa ada apa-apa kepentingan bagi mereka.

Justeru, kita boleh lihat, bagaimana masyarakat tidak mahu terus dibangsatkan. Mereka sebagai manusia, fitrahnya lebih cenderung kepada motivasi dan galakan. Dalam konteks ini, melalui pembacaan sejarah.

Melalui pembacaan sejarah, masyarakat akan belajar bagaimana membentuk peribadi dan jatidiri yang kental sama ada melalui faktor motivasi dari kisah-kisah positif dan kegemilangan dari sejarah, atau pelajaran serta iktibar dari kesilapan, tragedi atau peperangan.

Justeru di sini, kita boleh lihat, bagaimana datangpun pengkisahan sejarah itu, kita dapat mengesktrak kelebihan atau keuntungan darinya.

Baca lagi: Penemuan Kapal Berusia 2000 Tahun Di Kedah Bukti Kerancakan Industri Besi Melayu Purba