Seluar lusuh, berjambang, butang baju dada terbuka dan berselipar sudah cukup menggambarkan dia seperti seorang jalanan yang kurang akal. Jumpa pula di stesen KTM Kuala Lumpur. Sah dia gelandangan! Meleset.

Sedang aku masuk gate KTM dia berenti berjalan dan tegur aku dengan bahasa Inggeris fasih sekali. Cuak aku ingat seorang gila yang menegur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selepas pandang betul-betul wajah beliau, masyaAllah Dr. Saiful Ad-Daulah. Pensyarah i’jazul quraan fakulti quraan dan sunnah. Beliau yang ingin ke  Pelabuhan Klang mengambil bagasi-bagasi untuk dibawa pulang ke Khartoum.

Aku mencium tangan beliau depan orang ramai hingga semua kaget. Ya, semua menganggap beliau seorang India gila. Padahal di dalam dada beliau penuh ilmu usul quraan dan hadis. Tanya sahaja makna pada perkataan-perkataan hadis, beliau akan menerangkan dengan cukup terperinci.

Baca: Rahsia ‘Magik’ Dalam Usaha. Kisah Benar Daripada Seorang Pensyarah

pensyarah-1

Pensyarah yang tidak punya kenderaan kecuali kedua kakinya. Aku bertanya, kenapa beliau berpakaian begini apabila keluar? Beliau berkata, aku hanya berpakaian kemas di hadapan pelajar dan universiti.

Di luar universiti, aku manusia biasa. Semua mata tertumpu pada kami hingga bikin beliau malu. Masakan tidak, orang menyangka seorang India gelandangan sedang fasih berbahasa Arab.

Beliau sempat menghuraikan kepadaku beberapa hadis dan athar sahabat dengan penuh ilmu sambil aku membiarkan tren aku berlalu begitu sahaja kerana aku takut tidak punya emas seperti itu lagi bersama beliau.

Beliau langsung tidak memandang ke arah perempuan malah jalannya sentiasa menunduk. Jika pelajar yang rajin ke surau Anggerik, beliau adalah jemaah tetap harian di situ.

Beliau kata, “aku tak pernah menaiki kenderaan ke surau malah aku ingin sentiasa berjemaah di sana tetapi apakan daya zohor dan asar memaksa aku berjemaah di surau fakulti”. MasyaAllah, tak tinggal solat jemaah.

Beliau memberitahu bahawa kontrak beliau dengan USIM sudah tamat dan akan pulang ke Khartoum selepas mengambil bagasi di Pelabuhan klang. Hilang seorang alim mutiara ilmu di USIM.

Baca lagi: 10 Langkah Untuk Mahasiswa Bina Hubungan Baik Dengan Pensyarah