Stress sebab tidak jumpa kopi yang sesuai dengan anda? Jangan gusar kerana penggemar kopi di Malaysia kini mempunyai pilihan baru yang bakal menepati cita rasa anda; WONDA Kopi Tarik.

WONDA Kopi Tarik awesome sebab feel kopi tempatan yang anda boleh dapat di kopitiam atau kedai mamak kini boleh didapati dalam bentuk tin. Menggunakan biji kopi premium, ia kemudiannya dipilih dan diadun dengan teliti untuk menawarkan kelazatan kopi segar yang selalu diidamkan penggemar kopi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kopi tempatan ternyata sangat dekat dihati rakyat Malaysia. Kami juga menyedari bahawa produk seumpamanya dapat memenangi hati penggemar kopi tempatan di dalam tin tidak ditawarkan dalam kategori kopi sedia diminum,” ujar Naib Presiden Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Permanis Sdn Bhd, Hemalatha Ragavan. “Inilah sebab yang mendorong kami untuk memperkenalkan WONDA Kopi Tarik,” tambah beliau.

WONDA Kopi Tarik juga merupakan pertambahan terbaru yang unik kepada rangkaian produk sedia ada WONDA; WONDA Original dan WONDA Mocha, kedua-duanya mengandungi lebih daripada 50 peratus biji kopi Arabica berkualiti premium; dan WONDA Latte, yang diperbuat daripada susu berkrim berperisa French Vanilla.

WONDA Coffee pack shots

Langkah inovatif untuk memperkenalkan kopi tarik di dalam tin menyerlahkan usaha jenama Kopi WONDA untuk menawarkan kopi premium dengan cita rasa tempatan. Rasa kopi yang lazat ini sesuai untuk dinikmati bersama dengan keluarga atau sahabat taulan pada setiap masa, di mana-mana jua.

WONDA Kopi Tarik kini boleh didapati di semua pasaraya besar berdekatan dan rangkaian kedai runcit seluruh Malaysia. Tengah-tengah mengantuk ketika berada di pejabat tu, boleh minum kopi ini. Pasti buat anda celik dengan kesedapannya. Jom cuba!

P/S : Tak perlu tarik tinggi-tinggi untuk dapat keenakan kopi yang hebat bro.