Apple mungkin baru sahaja mula menjual iPhone terbaru mereka seawal minggu lepas. Ternyata Apple tidak perlu menunggu lama setelah seorang remaja mengesahkan berjaya menggodam sekuriti Apple iPhone 7 tidak kurang daripada 24 jam.

Remaja yang dimaksudkan adalah Luca Todesco, atau lebih dikenali dengan nama samaran ‘qwertyoruiop‘. Remaja berusia 19 tahun ini mungkin masih muda pada umurnya namun sangat dikenali ramai dalam dunia jailbreak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jailbreak bakal membolehkan pengguna mendapatkan aplikasi yang tidak disahkan dengan lebih mudah serta membolehkan pengguna menggubah setting OS. Todesco turut menyertakan bukti dimana beliau berjaya ‘jailbreak’ iPhone 7 kepunyannya.

Berdasarkan apa yang dilaporkan Todesco, iPhone 7 sememangnya hadir dengan sekuriti yang lebih ketat namun bukanlah bermakna telefon dimana Apple mengesahkan sebagai ‘the best, most advanced iPhone ever’ ini 100% selamat.

Dalam pada itu, Luca Todesco masih dalam dilema sama ada untuk melaporkan ataupun tidak mengenai bug yang ditemuinya pada iPhone 7 kepada Pihak Apple. Sejumlah wang yang besar telah dijanjikan Apple buat mereka yang berjaya menggodam iPhone terbaru mereka.

Mungkin disebabkan sayang dengan hasil kerja beliau serta lebih berminat untuk menyebarkan penggunaan ‘jailbreak’ di kalangan iPhone user, Luca Todesco setakat ini tidak berminat untuk melaporkannya kepada Pihak Apple.

Sumber