Aku baru lepas tengok Boboiboy The Movie.

Ini first time aku tengok Boboiboy. Kat TV aku tak pernah tengok. Kau jangan terkejut, Upin Ipin pun aku tak pernah tengok. Jeling tu ada, tapi bila nampak rancangan-rancangan kartun ni, tangan aku automatik tekan ke chanel lain.

Hari ni aku seolah-olah dipaksa tengok filem ni. Dalam kepala otak aku, tak pernah terlintas pun nak ambil tahu tentang filem ni, apatah lagi membayar tiket untuk menontonnya.

Aku dah banyak kali kena tipu dengan cerita Melayu. Berapa ratus ringgit agaknya aku rugi dek kerana filem yang sangat rendah kualitinya. Teater Akar yang aku join hari tu lebih power kualitinya.

boboiboy-the-movie-2

Jadi, membayar tiket RM9.35 untuk filem Melayu animasi yang aku lakukan pada hari ini, merupakan satu kerja gila. Ia betul-betul gila. Nilai tersebut sama sahaja dengan harga filem-filem luar negara yang lebih terjamin kualitinya.

Membayar RM9 untuk sebuah filem yang bukan taste aku, ditambah pula ianya filem buatan Malaysia, tangan aku berbolak-balik nak tonton filem yang ini atau tonton filem Orang Putih.

Hati aku cekal mengatakan agar aku tonton saja filem ini. Disebabkan terlalu banyak feedback yang melambung-lambung, ia jadi kepercayaan besar bagi aku untuk laburkan wang bagi filem ini. Feedback baik warga Facebook sahajalah yang menjadi sandaran utama aku kali ini. Sama seperti aku percayakan filem Ola Bola, sama juga seperti aku percayakan filem Polis Evo (walaupun takdelah gempak sangat Polis Evo ni).

Duduk sahaja di kerusi pawagam, filem Boboiboy ni dah bermula.

Permulaan filemnya agak serabut sebab aku tak kenal watak-watak jahat yang muncul di intro cerita ini.

15 minit pertama, aku gelisah. Gelisah kerana filem ini menurunkan kepercayaan aku dengan plot filemnya yang sangat childish dan cliche. Aku dah mula berpeluh sebab terpaksa duduk lagi sejam lebih, terpaksa tengok filem yang langsung tak beri hiburan kepada aku. Ni mula-mula aku fikir ni.

Tetapi, entah macam mana, ketika villain utama filem datang ke bumi nak curi robot Boboiboy.

Filem ni menarik perhatian aku. Bak kata Di Caprio dalam filem Django, “You had my curiousity, but now you have my attention.”

Filemnya berpindah plot kepada konflik yang lebih besar. Mood aku yang down tadi, tiba-tiba jadi up. Selama entah berapa puluh minit, aku tak tengok handphone pun sebab plotnya berkembang dengan sangat pesat.

Di tengah cerita itu, konfliknya walaupun ringan, tetapi sangat menarik perhatian sang dewasa yang menontonnya. Bagaimana dia nak selamatkan sahabat yang diculik, bagaimana mereka dapat melarikan diri setelah diserang bertubi-tubi, ini bukan filem biasa-biasa ni.

Aksi, persembahan, dialog, segalanya seolah-olah sempurna. Filem ini tiba-tiba menjadi magnet untuk aku menontonnya tanpa tertinggal sesaat pun. Aku tak mahu cerita lebih sebab takut spoil pula. Bermacam benda aku rasa sepanjang filem ni berlangsung.

boboiboy-the-movie

Plot twist yang ada di dalam filem ini sangat dipuji. Sebagai peminat filem Orang Putih, aku berpendapat bahawa plot twist merupakan elemen yang maha penting di dalam sesebuah filem. Dan Boboiboy merupakan filem animasi yang sarat dengan plot twist.

Kau jangan tak tahu, filem ni kelakar macam haram. Watak cikgu diorang yang ikut penggembaraan tu, sumpah kelakar nak mampus. Ada satu part tu, aku gelak sampai terhantuk kerusi depan. Sebab lawak sangat, der. Lawak dia bukan lawak bodo. Dia lawak sarkastik dan cara mereka bercakap pun, amat menggelikan hati.

Ending dia, memukul hati aku. Air mata jantan aku tercabar untuk keluar. Namun, macam biasa, ini filem kanak-kanak. Akhirnya pasti ada happy ending. Filem ditamatkan dengan gelak tawa dan lawak dia boleh bikin guling-guling.

Aku sorang sahaja yang bertepuk tangan apabila kredit filem muncul. Ni aksi spontan aku. Orang lain dok sibuk bawak anak keluar wayang, tapi aku duduk diam di atas kerusi seorang diri.

Sebab apa? Sebab, aku amat kagum dengan apa yang aku tengok tadi. Ianya sangat jauh daripada yang aku bayangkan sebelum melangkah ke kaunter tiket. Perasaan aku bangga gila sebab filem yang aku baru tengok tadi sangat awesome dan ianya hasil tangan warga Malaysia.

Teknik animasi, sound system, keseimbangan plot, ianya sangat berkualiti seolah-olah menonton filem Holywood. Aku tak mau ulas panjang sangat pasal animation ni sebab aku pun taklah berdaya sangat nak explain.

Sebaik sahaja keluar dari panggung, aku terus meletakkan rating.

Filem Boboiboy ini merupakan filem animasi yang setaraf dengan Hollywood. Walau kau kata ianya banyak kelemahan, tapi bagi aku, macamlah filem Hollywood takde kelemahan. Kau nak komplen apa, lantaklah. Tak keterlaluan aku katakan filem ini lebih baik dari segi plot, berbanding filem Big Hero 6.

Plot yang tidak meleret, konflik yang besar, plot twist yang banyak, dan paling penting, aksi yang terkandung di dalamnya jauh lebih banyak berbanding Mission Impossible. Memang power.

Aku bagi rating filem ni, 8.5/10. Aku jarang bagi rating setinggi ni. Tetapi filem ini layak mendapatkannya.

Gais, kau wajib tonton filem ini, walaupun kau dah tua bangka. Sebab apa aku cakap wajib?

1. Macam aku cakap tadi, filem ni best.

2. Ini antara buah tangan pengkarya filem animasi tempatan yang amat tinggi nilainya. Kalau bukan kita yang tengok, takkan nak bagi orang Nepal tengok?

3. Filem ini yang aku respek, semua Muslimahnya menutup aurat. Benda ni sangat susah nak tanam kat pengkarya filem negara. Jadi, kau kena tengok sebab ia satu apresiasi daripada kita untuk pengkarya hasilkan filem sebegini lagi.

4. Selama hari ni kau bising drama atau movie Melayu cikai dan macam lahanat, kan? Baik, sekarang kita dah ada filem macam Ola Bola dan Boboiboy ni. Inilah masanya kau walk the talk dengan membayar RM10-15 untuk sokong industri perfileman kita. Tak rugi beb. Kalau kau tak beli, kau ingat lepas ni ada orang ke nak buat cerita macam ni lagi?

5. Ini filem rakyat Malaysia yang punya. Bukan filem Melayu. Kita ada Cina, India, Melayu menjadi watak utama, dan menggambarkan keharmonian secara tidak langsung dalam diri kita. Kau wajib support sebab dengan kau support inilah, menunjukkan kau sukakan filem yang balance race begini.

Dah aku tulis panjang sangat dah ni. Akhir kata, filem ini filem yang WAJIB ditonton oleh rakyat Malaysia. Selamat menonton semua!

BACA: BoBoiBoy The Movie Kutip RM500,000 Hari Pertama Tayangan